Buat peminat biskut coklat, pasti anda tahu dan pernah mencuba brownies cookies. Warna coklat gelap, manis dan rangup menjadikannya biskut kegemaran ramai sewaktu hari perayaan.
Sebenarnya nak buat brownies cookies ni tak adalah susah sangat kerana bahan yang digunakan pun bahan asas sahaja. Ikuti perkongsian resepi brownies cookies paling mudah di bawah.
Baca juga: Cara Lembutkan Kulit Popia Basah Yang Keras & Beku, Guna Teknik Stim Kain
STEP-BY-STEP BROWNIES COOKIES PALING MUDAH
Kali ni saya nak kongsi resepi brownies cookies. Memang sedap, rapuh dan cair di mulut. Nak buat pun mudah.
Bahan A
- 240 gram coklat
- 80 gram mentega
– Panaskan di dalam oven sehingga cair dan gaul sekata.
Bahan B
- 2 biji telur
- 140 gram gula ising
- Sedikit esen vanilla
- 100 gram tepung kek
– Campurkan Bahan A dan Bahan B dan gaul sekata.
– Paipkan adunan dan tabur badam.
– Bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 150 degree.
Siap untuk dihidangkan! Memang sedap dan pasti menjadi kegemaran anak.
Sumber: Facebook Zaky Mat Ali