Dapur

Resepi Ayam Lada Hitam Goreng Butter, Lembut & Sesuai Untuk Anak

29
SHARES

Menu ayam lada hitam sememangnya menjadi kegemaran ramai kerana rasanya sesuai dijadikan menu untuk satu keluarga. Selain dipadankan dengan nasi, ayam lada hitam boleh dipadankan bersama sayur-sayuran untuk lebih sihat.

Bagi anda yang tak tahu resepi ayam lada hitam, boleh ikuti perkongsian resepi di bawah. Memang sedap dan sekali masak pasti tak cukup! Lembut dan juicy.

Baca juga: Resepi Udang Masak Thai Ini Dapat 27k Shares, Sedap Makan Berpinggan!

RESEPI AYAM LADA HITAM GORENG BUTTER, LEMBUT & SESUAI UNTUK ANAK

ayam lada hitam

Lemon pepper chicken (Ayam lemon lada hitam). Bahan perapnya sangat mudah dan ayam ini boleh dipadankan dengan nasi ayam, nasi putih ataupun salad. Tidak terlalu pedas, sesuai untuk kanak-kanak. Tidak juga terlalu tak berasa (bland/ ‘manja’), sesuai untuk dewasa.

Bahan-bahan:

– 1 kg isi dalam dada ayam

– 7 ulas bawang putih

– 1 sudu makan lada hitam biji

– ¼ cawan jus limau nipis/ lemon

*Saya guna jus limau nipis yang biasa digunakan di kedai-kedai makanan Thai.

Cara penyediaan:

1. Basuh bersih ayam dan toskan. Tumbuk/kisar kasar bahan perapan. Masukkan dalam ayam dan tambah garam secukup rasa.

2. Gaul rata. Tambah lagi garam, jus limau nipis atau serbuk lada hitam jika perlu.

ayam lada hitam

3. Tutup dan biarkan. Jika hendak masak dalam masa sejam, biarkan pada suhu bilik. Jika hendak masak dalam masa yang lebih, simpan dalam peti sejuk dan keluarkan ~15 minit sebelum masak.

Jika hendak buat stok ayam perap lemon lada hitam, biarkan dalam peti sejuk semalaman (~12 jam). Esoknya, toskan air perapan dan pindahkan ayam yang telah diperap ke dalam plastik kedap udara (ziplock bag) atau bekas yang sesuai dan simpan dalam tempat sejuk beku (freezer).

Apabila hendak dimasak, keluarkan ayam supaya hilang beku dan biarkan ayam ke suhu bilik sebelum masak supaya tidak ada bahagian yang mentah.

4. Untuk memasak, panaskan minya dan 2 sudu makan mentega/marjerin.

5. Masukkan ayam apabila minyak-marjerin sudah panas. Masak atas api kecil.

Untuk dipadankan dengan ayam lemon lada hitam:

– 4 pokok romaine kecil (baby romaine)

– 1 biji timun

– ½ biji cili benggala hijau

– ½ biji cili benggala merah

– 1 genggam tomato ceri

– Hiris ayam dan taburkan. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Siti Hazneza Abdul Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×