Rakyat

Redah Banjir Selamatkan Dokumen, Si Suami Terperangkap 18 Jam Atas Pokok Jambu

42
SHARES

Seorang isteri mengalami detik cemas apabila suaminya sanggup meredah banjir dan pulang ke rumah semata-mata untuk menyelamatkan dokumen penting daripada ditenggalami banjir.

Kejadian yang berlaku di Bentong, Pahang membuatkan Zuliah Simoh @ Mokhtar berusia 49 tahun risau dengan keadaan suami tercinta.

Baca juga: Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui Lemas Di Banjir Sri Muda, Alami Simptom Muntah-Muntah

REDAH BANJIR SELAMATKAN DOKUMEN, SI SUAMI TERPERANGKAP

Menurut laporan BH Online, selepas Roslan Maalik berusia 52 tahun menghantar dia dan dua anak berusia 19 dan 10 tahun ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak Setia, Roslan kembali ke rumah untuk mengambil beg berisi dokumen penting.

Jelasnya, kira-kira jam 10 malam pada 18 Disember lalu Roslan menaiki pikap untuk pulang ke rumah sambil mengharungi banjir dengan arus deras.

“Selama 18 jam saya berhadapan detik cemas menanti suami yang kembali ke rumah semata-mata menyelamatkan dokumen penting daripada ditenggelami banjir.

“Setiap detik saya berdoa kejadian buruk tidak berlaku pada suami, hanya Tuhan sahaja yang tahu hati saya ketika itu,” katanya.

Tambahnya lagi, badan Roslan Maalik digigit serangga tetapi kekuatan mental sebagai anggota tentera telah membolehkan suaminya bertahan di atas pokok selama 18 jam.

“Suami kata badannya digigit serangga, selain melihat kepala air yang deras membawa bersama kayu. Banjir ketika itu di paras bumbung rumah.

“Kekuatan mental suami yang sebelum ini bertugas sebagai anggota tentera darat membolehkannya bertahan di atas pokok selama 18 jam,” ujarnya.

Zuliah berkata, mereka kerugian lebih RM300,000 apabila semua barangan dan peralatan termasuk tiga kereta dan empat motosikal tidak dapat diselamatkan dalam kejadian banjir bersama kepala air membawa lumpur tebal.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×