Rakyat

Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Bermula Esok Hingga 1 Oktober

17
SHARES

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman Facebook rasmi miliknya mengeluarkan satu kenyataan berkata amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan beberapa negeri diramalkan bermula 28 September (esok) sehingga 1 Oktober ini.

Baca juga: Mesej Kanak-Kanak Diculik & Organ Dijual Adalah Palsu- PDRM

AMARAN ANGIN KENCANG & LAUT BERGELORA BERMULA ESOK HINGGA 1 OKTOBER

angin kencang

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA 

1. AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dalam tempoh Rabu, 28 September 2022 sehingga Sabtu, 1 Oktober 2022. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

2. AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) 

Angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Sabah Barat dan Labuan. Sabah Timur sehingga Jumaat, 30 September 2022. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN 

angin kencang

1. AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) 

Angin kencang barat daya berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan utara Condore • utara Reef North • Layang-Layang • Palawan sehingga Jumaat, 30 September 2022.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

2. AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) 

Angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket • Selat Melaka Utara dalam tempoh Rabu, 28 September 2022 sehingga Sabtu, 1 Oktober 2022. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

3. AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) 

Angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan selatan Condore • selatan Reef North • Labuan • Sulu sehingga Jumaat, 30 September 2022. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Sumber: Facebook MetMalaysia 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×