Kini Trending

Pupuk Minat Membaca Sejak Dari Kecil Dengan Aplikasi Berita Ini! Ibu Bapa Tak Risau Lagi!

18
SHARES

Anda mesti pernah lalui zaman dimana ayah kita akan bawa pulang surat khabar harian daripada kedai kopi atau runcit setiap pagi kan? Masa tu lah kita akan berebut dengan adik-beradik lain untuk membaca surat khabar tersebut.

Dengar macam biasa je, tak ada benda yang istimewa pun tentang ini. Samalah macam bila dapat makan di restoran makanan segera pada zaman 70-an and 80-an. Bila sekarang dengar macam tak menarik pun. Tapi sebenarnya itulah memori yang paling tak dapat dilupakan semasa kita membesar.

Kalau bukan sebab surat khabar kita takkan tahu pasal dunia luar. Melalui surat khabar la kita dapat membayangkan dunia luar tu kan?

Lumi News Aplikasi Berita Yang Mudah Untuk Anda!

Tipulah kalau kita tak rindukan zaman itu, maklumlah dulu kan tak ada lagi teknologi dan media sosial yang kita ada sekarang ini. Harapkan televisyen pun, ada berapa kerat je siaran yang boleh di ulang tengok.

Sekarang zaman pun dah moden, pelbagai laman web dan media sosial yang boleh dilayari. Info penting pun mudah didapati, dimana anak-anak kecil pun dah pandai guna telefon pintar!

Walaupun media sosial memberikan manfaat tertentu, terdapat satu aplikasi berita yang berjaya membawa berita terkini terus daripada media terbesar di Malaysia! Ibu bapa pun tak payah risaukan tentang maklumat palsu dah, semuanya dengan aplikasi Lumi News je!

Berita dan Info Terkini Di Hujung Jari

Daripada berita penting seperti SOP, amaran banjir atau hujan lebat hinggalah ke cerita hiburan tentang artis tempatan dan antarabangsa, Lumi News meliputi semua berita terkini dari media besar seperti SirapLimau, Berita Harian dan Harian Metro!

Anak-anak boleh juga mendapatkan informasi berita harian mereka melalui topik berita ‘Trending’ dan ‘Terkini’ dalam aplikasi Lumi News je!

Ciri ‘Instant Share’ di aplikasi Lumi News

Aplikasi Lumi News turut memperkenalkan ciri ‘Instant Share’, di mana anda boleh kongsi screenshot dengan kemas dan menarik yang dipanggil News Clips. Berita yang viral pun boleh terus ke Instagram Stories dengan hanya satu klik!

Lumi News juga mempunyai butang ‘Kongsi ke WhatsApp’ dibawah setiap artikel untuk pengguna kongsi cerita viral atau terkini ke Group Chat WhatsApp mereka. Jadi anda pun boleh lah berkongsi info bersama seisi keluarga melalui ciri ini!

Lumi News Stacks

Bukan mudah untuk pupuk minat orang ramai untuk membaca berita setiap hari. Sebab itulah Lumi mempunyai News Stacks yang merupakan kompilasi artikel yang ‘mesti dibaca’ untuk topik-topik tertentu. Semuanya dalam satu feed yang boleh scroll je!

Artikel-artikel tersebut juga telah dipilih daripada pelbagai media, khas oleh team Lumi! Jadi semua orang boleh baca dan kongsi artikel topik-topik hangat! Melalui Lumi News Stacks juga, anda takkan pernah terlepas berita penting, lebih daripada 45 media serta memudahkan anda untuk kongsi berita ke platform lain, termasuk WhatsApp.

Nostalgia Zaman Dahulu Dengan Lumi News

Haa.. anak-anak kecil sekarang ni semakin pandai layari laman web yang tidak diketahui risikonya yang mungkin mengandungi maklumat palsu dan tidak ditapis. Aplikasi Lumi News bukan sahaja memberikan ketenangan kepada ibu bapa agar tidak risau dengan maklumat palsu, malah, ia pasti membawa nostalgia kepada ibu bapa sekalian.

Siapa sangka, surat khabar pun boleh jadi dalam bentuk digital sekarang. Platform SirapLimau juga boleh didapati di dalam aplikasi Lumi yang anda takkan jumpa di aplikasi berita lain tau!

Itu baru sikit tau, ada banyak lagi artikel-artikel yang anda boleh jumpa dekat Lumi dari hiburan sampailah ke berita semasa. Baca berita yang anda mahu dan pilih lebih dari 25 topik untuk diikuti.

Apa lagi anda tunggu tu, jom download aplikasi Lumi di Apple store dan Google Play Store sekarang! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Lumi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×