Famili

Dua Posisi Betul Berus Gigi Anak Menurut Pakar

Masalah gigi berlubang atau karies gigi dalam kalangan anak-anak kecil adalah perkara yang dirisaukan oleh ibu bapa. Seawal pertumbuhan gigi anak-anak haruslah dijaga dengan rapi supaya tidak akan mengalami masalah gigi yang serius. Namun ramai juga ibu bapa yang hairan kenapa gigi anak-anak masih mengalami kerosakkan walaupun diberus dan dicuci dengan kerap?

POSISI YANG BETUL UNTUK BERUS GIGI ANAK-ANAK

Seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi berkenaan posisi untuk memberus gigi anak-anak kita sekaligus dapat memantau sebarang masalah yang terdapat dalam mulut anak-anak kita terutamanya karies gigi (gigi berlubang).

1.POSISI A

Untuk posisi A, saya cadangkan diaplikasikan kepada anak-anak dibawah umur 4 tahun dan teknik ini seboleh-bolehnya perlu dimulakan seawal gigi pertama mula tumbuh. Dengan posisi ini, anak-anak Insyaallah akan memberikan kerjasama (mungkin di peringkat awal, kaedah ini seolah-olah seperti “paksa rela”) dalam membantu proses memberus gigi dengan lebih berkesan.

2.POSISI B

Untuk posisi B pula, digalakkan untuk diaplikasikan kepada anak-anak yang berumur 5 tahun ke atas (atau yang boleh memberikan kerjasama sepenuhnya).

*Jangan lupa untuk gunakan cara yang betul untuk berus gigi anak-anak supaya terhindar dari masalah karies gigi ya!

Sumber : Dr. Mohd Hisyammuddin

Most Popular

To Top