Cantik

DIY Masker Muka Guna Susu Tepung. Mudah, Jimat & ‘Glowing’!

Antara rutin yang selalu diamalkan oleh wanita yang menjaga penampilan adalah pemakaian masker muka. Walaupun dah banyak produk dan mudah didapati di pasaran, masker muka yang dibuat sendiri di rumah tentulah lebih memudahkan, serta jauh lebih murah serta menjimatkan berbanding rawatan facial di spa.

Selain itu, masa yang diperlukan untuk memakainya juga tidak terikat, sebab kita boleh memakainya pada waktu santai sambil membaca buku, mendodoi anak ataupun menonton televisyen.

Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsikan satu tips kecantikan yang mudah dan sesuai sangat untuk ibu-ibu di luar sana. Yalah, biasanya dah jadi mak-mak ni kita mesti sibuk sampai tak ada masa nak dapatkan rawatan kecantikan muka di spa. Lagi pula, biasanya mak-mak yang ada anak kecil mesti ada satu bahan yang kita nak gunakan sebagai masker muka ni – iaitu susu tepung.

Menurut Puan Yanie Rosdi, inilah rutin hujung minggu yang dilakukan untuk mendapatkan kulit cerah dan gebu. Cuma guna bahan di dapur saja, boleh hilangkan flek hitam dan parut jerawat. Kalau rajin buat setiap minggu pasti dapat hasil yang lebih wow!

Mudah sangat, tanpa sebarang produk. Hanya 3 bahan di dapur mampu pudarkan parut dan putihkan wajah secara alami. Mari kita tengok perkongsian beliau selengkapnya.

DIY Masker Muka Guna Susu Tepung. Mudah, Jimat & ‘Glowing’!

Ada yang bertanyakan saya tips dapatkan kulit cerah gebu. Sebenarnya inilah rutin hujung minggu saya.

Sekarang ni wanita semua dah bijak memilih, dah ada kesedaran tentang pentingnya makanan kulit secara alami.
Back to nature lah bak kata orang putih.

Masker wajah ini merupakan cara merawat wajah yang sudah lama diamalkan ramai wanita sejak dulu lagi.
Nak hasil luar biasa, usaha pun kenalah seiring kan. Menurut pembacaan saya, ada banyak khasiat masker susu, antaranya:

  • Mampu menghilangkan mata panda
  • Mencerahkan kulit
  • Mengecilkan pori-pori kulit
  • Melembabkan kulit kering
  • Menyamarkan noda hitam
  • Mengencangkan kulit wajah
  • Menghilangkan jerawat

Jadi tak rugi kalau kita cuba buat di rumah sesekali. Manjakan muka dengan bahan yang senang didapati di dapur saja.

petua putihkan muka

Di bawah ini saya senaraikan bahan-bahan dan cara-caranya ya.

Bahan-bahan

  • Putih Telur
  • Lemon
  • Susu Tepung

Cara-cara

1. Campurkan Bahan

Bancuh semua bahan hingga sebati.

Bila dah sebati, ia akan membentuk seakan-akan krim macam dalam gambar di bawah ini.

2. Sapukan Pada Muka

Oleskan pada seluruh muka hingga habis. Sambil-sambil oleskan boleh bagi urutan ringan pada muka yang penat dan letih agar lebih relaks.

3. Biarkan 40 minit

Biarkan selama 40 minit kemudian bilas dengan air bersih. Siap.

Mudah saja, kan?

Sebenarnya ada banyak cara lagi menggunakan susu tepung ini untuk membuat masker. Kalau tak ada lemon, boleh juga guna susu tepung yang dicampur dengan madu, atau bahan-bahan lain. Boleh google saja ‘milk powder as facial mask’ ada macam-macam resepinya.

Selamat mencuba!

 

*Perkongsian asal oleh Puan Yanie Rosdi ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan dan lebih banyak perkongsian tips ibu-ibu, boleh follow beliau di SINI.

Yang Popular

To Top