Dapur

Petua Elak Kena Angin & Sakit Kepala Kalau Makan Pucuk Ubi

40
SHARES

Mungkin sesetengah orang akan rasa pening atau muntah selepas makan pucuk ubi dan nangka. Ini kerana anda mengalami alahan atau perut sudah masuk angin.

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa petua boleh dicuba untuk ‘menghilangkan’ angin dalam pucuk ubi dan boleh menikmatinya tanpa kesan sampingan seperti sakit kepala. Ikuti perkongsian lanjut oleh Puan Mamaa Sal di bawah yang dikongsi di laman Facebooknya.

Baca juga: Peniaga Kongsi Rahsia Ayam Goreng Tepung Berkerak, Paling Sedap & Laku!

PETUA ELAK KENA ANGIN & SAKIT KEPALA KALAU MAKAN PUCUK UBI

ANGIN

Ada orang dia memang alah sangat makan pucuk ubi ni. Bila makan je mesti sakit kepala atau mudah kene serang angin, sampai sebu. Ini petua dari mak saya sendiri. Mak memang tak boleh makan sebarangan memang mudah kene angin. 

Kalau nak makan pucuk ubi ni pun, teringin nak makan pun dah kena angin. Petua ni mak dapat dari orang tua tua yang ajar mak, lepas mak dah buat, mak dapat dah menikmati keenakkan pucuk ubi rebus nak buat ulam tu. 

Caranya:  

1. Masukkan sedikit beras masa masa nak rebus pucuk ubi tu.

2. Rebus la sampai empuk lembut.

ANGIN

Nak rebus sekali batang boleh, tak nak pun tak apa ikut selera masing-masing. Petua ini pun boleh buat untuk nak masak apa-apa makanan yang berangin contohnya nangka masak lemak.

Jadi mana yang ada masalah sama sakit angin tu boleh cuba petua ini. Moga bermanfaat buat anda semua.

Sumber: Facebook Mamaa Sal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×