Kini Trending

Petua Hilangkan Sakit Kepala Guna Asam Keping. Memang Menjadi!

1K
SHARES

PETUA HILANGKAN SAKIT KEPALA GUNA ASAM KEPING. BOLEH CUBA!

Ramai antara kita yang mungkin sensitif dan selalu kena sakit kepala, pening atau migrain.

Rasa ralat nak makan panadol selalu.

Sebagai alternatif, seorang pengguna Facebook berkongsikan satu tips / petua hilangkan sakit kepala guna asam keping atau asam gelugur ni.

Rupanya ramai yang dah cuba dan amalkan bila sakit kepala.

Nak tahu macam mana?

Jom baca perkongsian beliau selanjutnya.

Petua Hilangkan Sakit Kepala Guna Asam Keping

Dah seminggu sakit kepala teruk, sampai hari-hari kena makan panadol. Tu pun kadang tak hilang.

Call mak.. Dia cakap try minum air asam keping ni.

Caranya rendam je sekeping dalam air suam biasa… dan tunggu 10 minit.

*minum lepas makan ya.. Bukan perut kosong.

Petua hilangkan sakit kepala asam keping

Lepas minum separuh gelas tu, terus hilang pening migrain. Macam magik je!

Terkezut gigirl..

Lepas ni kalau kena macam ni lagi tak payah makan ubat dah. Minum je air ni..

(Ni untuk sakit kepala yang boleh cure dengan panadol lah. Kalau teruk guna pain killer morfin apa tu saya tak pasti menjadi ke tak.)

Ramai Kata Menjadi Bila Cuba!

Disebabkan perkongsian yang tular ini, ramai yang mencubanya dan memberi maklumbalas.

Alhamdulillah, rata-rata yang dah mencuba tu kata menjadi.

Memang berkesan hilangkan sakit kepala!

Boleh baca komen-komen berikut:

Petua sakit kepala asam keping

Ramai juga yang amalkan asam keping sebagai ubat sakit kepala rupanya.

Bolehlah kita cuba lain kali kan?

 

Petua hilangkan sakit kepala asam keping

NOTA TAMBAHAN

Ni petua kalau sakit kepala. Minumlah air asam keping ni ketika sakit kepala saja. Bukan amalkan hari-hari tanpa sebab sampai perut terhakis masam.

Lepas minum ni 2-3 teguk saja kepala dah ok. Tapi penting kena relax lah.. Janganlah tengok handphone atau stress ke masa minum tu.

Untuk yang gastrik ke darah rendah ke, mengandung ke apa ke bolehlah dapatkan nasihat doktor dulu.

Setahu saya kalau makanan original ni kita consume dalam jumlah yang moderate tidak membahayakan.

Jika selalu sangat sakit kepala perlu juga tahu apa sebabnya, takut ada masalah kesihatan lain. Dah nama pun petua. Bukannya rawatan ya.

Apapun, selamat mencuba!

Baca juga: 10 Petua Hilangkan Sakit Kepala & Migrain Dengan Cepat Dan Berkesan Tanpa Makan Ubat

Rujuk sumber asal: Emma Wan Noordin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×