Dapur

Amal Minum Air Kelapa Muda, Wanita Ini Kongsi Koleksi Menu ‘Meriah’ Sepanjang Kehamilan

20
SHARES

Mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan adalah penting untuk menjamin kandungan yang sihat. Antara petua yang disenaraikan adalah dengan minum air kelapa muda supaya kulit bayi akan kelihatan lebih bersih dan mempunyai rambut yang lebat.

Begitu juga dengan senarai menu sepanjang kehamilan yang dikongsikan oleh wanita ini di mana dia mengamalkan pengambilan minuman air kelapa muda serta jus buah sepanjang tempoh hamil. Menu makanan yang disediakan pun nampaknya sangat menarik. Mungkin anda pun boleh cuba!

KOLEKSI MAKANAN SEPANJANG 8 BULAN KEHAMILAN

Makanan 8 bulan kehamilan saya. Start minum air kelapa hari-hari dah dan bonusnya boleh buat coconut shake sekali cara saya masak brown rice/mix rice, saya akan rendam dulu semalaman lepas tu masak macam biasa.Mix rice /beras campur saya ialah beras perang campur dengan beras merah dan beras hitam.

1.Air kelapa muda & sambal telur dan brown rice

2.Air kelapa muda & Kari ayam kelapa muda dan susu tanpa santan + mix rice

3.Jus buah campur & Nasi lemak mix rice bersama sambal sotong

4.Jus oren & Nasi putih panas panas bersama sambal ikan bilis dan sardin

5.Air kelapa muda dan Nasi lemak telur & ayam

6.Jus buah naga bersama oren & mix rice bersama teriyaki daging

7.Jus oren & Mix rice bersama sambal ikan bilis petai

8.Coconut shake bersama almond, telur dadar, daging panggang & nasih putih

9.Air kelapa muda & sambal ikan bilis, ikan panggang balut dalam oven

10.Jus buah campur & Mix rice dan teriyaki daging

11.Jus buah naga campur jambu batu & nasi ayam beras campur goreng bersama olive oil

12.Air kelapa muda & Nasi goreng beras campur daging bersama olive oil

13.Air kelapa muda & Nasi putih bersama daging tumis.

14.Jus oren campur & Nasi goreng ayam bersama cendawan dan olive oil

15.Air kelapa muda & Spaghetti goreng bersama olive oil dan daging

Sumber: May Vo Dyakonov

Most Popular

To Top
×