Sihat

Petua Air Rebusan Pandan, Bawang Putih & Serai. Boleh Hilang Sakit Lutut!

73
SHARES

Sakit lutut dan angin dalam badan merupakan perkara biasa terjadi tanpa mengira peringkat usia. Ada dalam kalangan kita yang masih muda tetapi sudah mempunyai masalah sakit lutut.

Pasti pelbagai cara dan petua dicuba untuk melegakan masalah yang anda alami kerana boleh menganggu keselasaan diri untuk menguruskan rutin harian. Jadi, anda boleh mencuba petua air rebusan pandan, bawang putih dan serai untuk melegakan sakit lutut, angin dalam badan dan sebagainya. Jom kita try!

Baca juga: 7 Sumber Makanan Yang Sesuai Untuk Bantu Pesakit Buah Pinggang

PETUA AIR REBUSAN PANDAN, BAWANG PUTIH & SERAI

Kalau yang sakit lutut, nak keluarkan angin dalam badan, lembutkan urat dan hilangkan peluh berlebihan. Boleh amalkan pagi selepas sarapan dan petang. Boleh letakkan dalam peti ais dan minum sepanjang hari. Insha-Allah berkesan.

Bahan-bahan: 

  • 3 batang serai
  • 2 daun pandan
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 gelas air

Cara membuat air rebusan ini:

1. Potong atau titikkan serai, pandan dan bawang putih.

2. Masukkan serai dalam periuk yang dah diisi air. Didihkan serai sampai wangi.

3. Kemudian masukkan daun pandan dan bawang putih. Didihkan sehingga menyusut separuh dan tutup periuk.

Jangan buka tutup periuk bagi mengelakkan semua wangian meruap ke persekitaran. Bila dah agak-agak suam, dah bolehlah minum seperti biasa. Minum air rebusan ini setiap hari pada bila-bila masa. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Ana Mahabu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×