Bersalin

5 Sindrom ‘Sunyi’ Bila Jadi Surirumah Yang Tak Ramai Mengerti

19.1K
SHARES

Masa sibuk dengan kerja di pejabat, hati meronta-ronta nak berhenti jaga anak. Dalam kepala terbayang leganya rasa kalau dapat tengok anak membesar depan mata. Hari-hari dapat main dengan mereka, peluk, cium dan berbual.

Tapi sebenarnya bila dah jadi surirumah, barulah kita tahu ia bukan semudah yang disangka. Walaupun hari kita sibuk dengan pelbagai aktiviti dan dikelilingi anak-anak, tetap juga datang rasa sunyi.

tanda ocd

Foto Kredit: Medical Daily

Ia sebenarnya sangat normal bagi surirumah untuk berasa sunyi.

Ini 5 sebabnya.

5 Sebab Mudah Sunyi Bila Jadi Surirumah

1. Rasa Letih & Kurang Dihargai

Jadi surirumah ni hampir 24 jam kena alert. Selagi anak berjaga, setiap masa anak perlu diperhati. Waktu mereka tidur pula, kita macam lipas kudung nak siapkan kerja rumah yang tergendala.

Siapa kata surirumah ni kerja goyang kaki, kena bagi dia ganti tempat kita sehari. Lain macam penatnya tau sebab bukan saja fizikal kita lelah, mental kita juga akan letih. Ini menyebabkan kita rasa sedih bila kurang dihargai.

Jadi suami kenalah selalu ambil hati dan jaga hati isteri ya. Barulah hilang sunyi dan penat tu. Secara automatik isteri pun akan senyum sepanjang hari!

Foto Kredit: edition.cnn.com

2. Lost Contact Dengan Kawan

Sedar tak sedar, ketika inilah persahabatan mula teruji. Makin ramai kawan akhirnya lost contact kecuali beberapa orang yang betul-betul namanya ‘sahabat’.

Secara tiba-tiba, rutin bersosial bukan lagi dalam senarai keutamaan.

Bila lama menyepi nanti mulalah kawan-kawan anggap kita dah menjauhkan diri daripada mereka, sedangkan hakikatnya kita cuma memerlukan sedikit masa untuk beradaptasi.

Foto Kredit: canadianbusiness.com

3. Ter’peruk’ Di Rumah Setiap Hari

Kalau dulu rasa nak keluar, terus ambil kunci start kereta.

Tapi sekarang kalau nak keluar atau travel, kena fikirkan sekali ‘pakej’ yang nak dibawa bersama.

Nak kena bawa anak-anak dengan segala barang keperluan dia. Stroller, beg diaper, makanan, susu, baju spare, mainan, semua sekalilah. Gagah oii packing macam nak balik kampung padahal nak jumpa kawan di shopping mall dekat tu je pun.

Akhirnya inilah sebab ramai yang lagi rela terperuk di rumah!

4. Bila Tinggalkan Anak, Rindu Pulak!

Bila dah nama ibu ni, mesti akan rasa bersalah nak berlama-lama bila keluar. Bukannya macam lelaki yang boleh balik lewat malam bila dah jumpa geng dia.

Kita ni setiap 10 minit tengok jam, asyik terfikir si anak buat apa, dah makan ke belum, dah mandi ke belum, boleh tidur ke tak. Kalau terpaksa berjauhan sampai sehari dua, silap haribulan kita yang banjir dengan air mata!

Anak kita pula bukan sentiasa kecil. Rasa rugi dan terkilan kalau terlepas moment penting dan tak dapat luangkan masa dengan mereka.

5. Nervous Nak Hadapi Dunia Luar

Kadang-kadang bila dah lama tak keluar dari rumah, banyak yang bermain di fikiran bila nak jumpa kawan-kawan.

Walaupun excited, mesti ada rasa nervous dan rendah diri. Kita juga seolah-olah makin kehilangan identiti.

Kebimbangan ini selalu berlaku pada mereka yang ‘berehat’ daripada kerja dan menjadi surirumah.

Rasa seolah-olah ‘takut’ nak hadapi dunia luar. Bimbang dikecam sebab ada degree tapi tak kerja, risau dengan expectation orang luar, dan malu kalau tak dapat kawal anak bila di tempat awam.

bosan di rumah

Foto Kredit: shutterstock.com

Bila Anak Besar Nanti, Kita Yang Akan Rindukan Mereka

Bagi surirumah, di rumah itulah dunia mereka. Semuanya dah tak macam dulu lagi.

Bukan menyesali, cuma harap dimengerti – sekurang-kurangnya oleh suami sendiri.

Hanya suamilah ‘kawan’ yang sentiasa ada. Leganya rasa bila ada seorang dewasa yang boleh bercakap dan mendengar keluhan kita. Suami pun kenalah sporting dan pinjamkan telinga untuk isteri.

Perasaan sunyi ini mungkin sementara saja, bila anak besar nanti kita pula akan rasa kehilangan mereka.

Jadi…. Kena baaanyak-banyak sabar ya ibu. Kena ikhlaskan hati. Insha Allah semuanya dipermudahkan nanti!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×