Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Dah 8 Tahun Tunggu Dia Berubah” – Isteri Lari Kali Ke-5, Suami Sering Mengamuk & Ugut Cederakan Diri

SUAMI NARSISTIK

Suami narsistik sering dikaitkan dengan tingkah laku yang mahu mengawal pasangan, sukar menerima kesalahan dan mudah memanipulasi emosi.

Namun, kisah seorang wanita yang dikongsikan Prof MAS Positive ini mencetuskan perhatian selepas dia mendakwa sudah lima kali meninggalkan suaminya kerana tidak tahan dengan keadaan rumah tangga yang dilalui.

Baca juga: Jemputan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Tidak Diberi Secara Automatik, Ini Penjelasan Penuh

8 TAHUN ISTERI TAHAN PERANGAI SUAMI NARSISTIK

SUAMI NARSISTIK 

Kredit: Gemini AI

Menurut wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, dia merupakan seorang suri rumah dan sudah lapan tahun menunggu suaminya berubah. Bagaimanapun, keadaan yang dilalui menyebabkan dirinya semakin penat dan hilang arah.

Lebih membimbangkan, wanita tersebut turut mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan mendakwa mereka turut terkesan dengan keadaan yang berlaku di rumah.

Menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan mendakwa suaminya sering mengamuk apabila sesuatu perkara tidak mengikut kehendaknya.

Dia juga mendakwa suaminya menghalangnya daripada keluar rumah atau pergi ke mana-mana dan akan menjerit serta memaki hamun apabila dia tidak menurut arahan.

Menurutnya, suami turut pernah mengugut untuk mencederakan diri sendiri ketika sedang marah, termasuk mengambil pisau, menarik rambut dan menumbuk dinding sehingga rosak.

Keadaan tersebut dikatakan membuatkan anak-anak mereka berasa takut.

Wanita itu turut menceritakan satu kejadian ketika mereka keluar bersama. Menurutnya, apabila tersalah jalan atau menggunakan aplikasi peta, suaminya akan memandu dengan laju sehingga menyebabkan dia bimbang keselamatan diri dan anak-anak.

Sudah beberapa kali tinggalkan suami

SUAMI NARSISTIK

Wanita berkenaan berkata, dia sudah beberapa kali meninggalkan suami sebelum ini, namun kembali semula selepas dipujuk dan memaafkan segala yang berlaku.

Bagaimanapun, kali ini dia mengakui hatinya sudah kosong dan lebih tenang berada di rumah arwah ibu bapanya walaupun emosinya masih tidak stabil.

Katanya, suami ada menghantar RM150 untuk membeli beras, keperluan anak, makanan, susu dan lampin sebelum memujuknya supaya pulang.

Namun, dia masih dalam dilema dan tidak tahu keputusan yang perlu dibuat. Perkongsian tersebut turut mencetuskan rasa simpati dalam kalangan warganet yang berharap wanita berkenaan mendapat sokongan dan bantuan yang sewajarnya demi keselamatan dirinya serta anak-anak.

Baca juga: Sambutan Ambang Merdeka 2026 Lebih Meriah, Ini Senarai Lokasi Setiap Negeri Untuk Raikan & Tengok Bunga Api!

Sumber: Facebook Prof MAS Positive

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×