Hebahan

Membesarkan Kanak-kanak Ceria, Kreatif dan Prihatin, Tanpa Gajet!

60
SHARES

Sesi Dialog membincangkan isu membesarkan kanak-kanak yang ceria, kreatif dan prihatin dalam Era Paparan Skrin

Sempena ulang tahunnya yang ke-40, Gymboree Play and Music, peneraju dunia dalam penyediaan kelas bagi kanak-kanak berusia 0-5 tahun, telah menganjurkan sebuah sesi dialog bagi membincangkan aspek positif dan negatif membesarkan kanak-kanak dalam persekitaran kehidupan generasi berteknologi.

Ahli panel yang telah dijemput terdiri daripada Michelle Lim Chua, penulis buku “The Mindful Mum”; Dr. Chow Su Lin, perunding pakar pediatrik dan salah seorang pengasas Baby and Beyond Child Specialist Centre; dan Ooi Kim Koon, Pengarah Urusan Gymboree Play and Music Malaysia. Sesi dialog tersebut diadakan di cawangan Gymboree Play and Music di Bangsar Village.

photo-1

Sesi dialog berkenaan membincangkan pelbagai aspek membesarkan kanak-kanak dengan mengurangkan penggunaan teknologi dalam kehidupan harian mereka. Ibu bapa yang mempunyai anak kecil masa kini sering menggunakan peralatan mudah alih seperti telefon pintar dan tablet untuk memujuk atau mengalih perhatian anak-anak kecil dengan memainkan kartun, justeru, memberikan mereka masa untuk berehat. Walaupun penggunaan teknologi untuk mendisplin atau mengalih perhatian anak-anak adalah sesuatu yang senang, namun ia juga boleh membawa risiko pendedahan melampau peranti tersebut kepada kanak-kanak. Keadaan ini boleh menyebabkan ketagihan kepada peralatan berkenaan yang akan mengakibatkan situasi di mana kanak-kanak akan hilang minat terhadap aktiviti-aktiviti lain dan sering menunjukkan tanda-tanda gelisah, cemas dan masalah tingkah laku.

American Academy of Paediatrics (AAP) mengesyorkan bahawa kanak-kanak berusia antara dua dan lima tahun tidak sepatutnya terdedah kepada skrin peranti melebihi satu jam sehari. Ini kerana dalam tempoh beberapa tahun pertama kehidupan mereka, otak kanak-kanak berkembang dengan pantas dan mereka sepatutnya belajar melalui interaksi dengan manusia bagi membina kemahiran sosial. Walau bagaimanapun, dalam garis panduannya AAP menasihati untuk mempertimbangkan kualiti kandungan dalam peranti dan bukan sekadar menetapkan had masa semata-mata.

“Usia 0-5 tahun adalah tempoh di mana usaha ibu bapa mendidik anak-anak akan memberi impak paling besar dalam membina corak minda mereka kerana kanak-kanak sedang mengalami perkembangan sosial, emosi dan kognitif yang pesat sepanjang tempoh tersebut. Perkukuhkan hubungan dengan mereka dalam jangkasa masa ini untuk membina asas teguh yang akan berkekalan sepanjang hidup anda. Pada usia ini, merekalah makhluk paling nakal, menakjubkan dan ajaib yang dianugerahkan kepada anda.” Kata Dr. Chow Su Lin, perunding pakar pediatrik dan Pengasan Bersama Baby and Beyond Child Specialist Centre.

photo-3

“Pada pendapat saya, sebelum kita mula berbincang tentang membesarkan anak-anak dalam era digital ini, sebagai ibu bapa, kita sendiri perlu melihat kepada hubungan kita dengan teknologi dan media sosial, dan bertanya kepada diri sendiri sama ada kita menampilkan contoh tingkah laku yang sihat dan seimbang yang kita harap dapat diikuti oleh generasi masa depan,” kata Michelle Lim-Chua, penulis “The Mindful Mom” yang berkongsi pengalaman bagaimana beliau telah menetapkan garis panduan untuk diri sendiri dan keluarga berhubung teknologi dengan tujuan agar dapat memberi lebih tumpuan dan perhatian terhadap anak-anak beliau.

Dengan lebih dari 700 buah pusat di 40 negara di seluruh dunia, Gymboree Play & Music muncul sebagai peneraju global dalam pembangunaan awal kanak-kanak. Kurikulum yang diguna pakai telah dibangunkan oleh pelbagai pakar kanak-kanak khusus untuk membantu ibu bapa memahami dan menyaksikan sendiri impak besar yang dicetuskan oleh permainan, muzik dan seni ke atas bayi baru lahir hingga ke usia lima tahun dengan peningkatan 6 bulan sekali untuk memenuhi kemampuan dan perkembangan unik setiap kanak-kanak. Gymboree Play & Music berperanan sebagai tempat di mana ibu bapa boleh mendapatkan pengalaman bermain sebenar dengan anak-anak mereka sambil turut mengenali dengan lebih dekat diri mereka sendiri. Ibu bapa juga akan dapat mengikuti:
 Kelas-kelas muzik untuk mempertingkatkan perkembangan dengan menggunakan lagu, tarian dan peralatan pergerakan
 Kelas-kelas seni untuk mencetuskan imaginasi dan melahirkan ekspresi diri
 Pelbagai bentuk permainan membina yang melibatkan fizikal, sosial, lakonan, penyelesaian masalah
 Peralatan canggih yang menggabungkan estetika penyelidikan dan pembelajaran daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan budaya bertujuan untuk memberikan pengalaman bermain yang universal dan abadi.

Selama 40 hari bermula pada 12 November, Gymboree Play & Music akan menyambut ulang tahunnya yang ke-40 di seluruh dunia. Di Malaysia, Gymboree Play & Music akan mengadakan sambutan dengan gaya Gymboree sebenar untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil. Berikut adalah antara beberapa perkara yang ditawarkan:

1. PlayGym percuma bagi semua kanak-kanak berusia bawah 6 tahun dari 12.30pm – 2.00pm dan 5.00pm hingga 6.30pm mulai 12 November 2016 hingga 21 Disember 2016 (kecuali hari Isnin dan semasa majlis persendirian diadakan)

2. Beg-beg Hadiah bernilai RM400 dan pakej-pakej eksklusif bagi semua bentuk pendaftaran masuk

3. Mommy Meet Up Socials* di mana para ibu boleh bersosial dengan ibu-ibu lain dalam suasana santai

4. Mommy Meet up Panel*, panel perbincangan untuk dan dengan para ibu.

5. Meet and Take a Selfie with Gymbo*, peluang untuk anak-anak anda bertemu dan bergambar dengan maskot kami yang mesra.

photo-4

“Kami berasa bangga untuk menyambut tahun ke-40 kami yang juga merupakan pencapaian cemerlang bagi kami. Kami menyambut 40 tahun keibubapaan penuh keceriaan dan keriangan, sejajar dengan wawasan pengasas kami, Joan Barnes yang inginkan sebuah persekitaran selamat di mana kanak-kanak bebas bergerak, bermain dan meneroka serta tempat di mana ibu bapa boleh mengukuhkan perhubungan dengan anak-anak mereka. Kami mensasar untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi yang diharapkan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka dan ingin mengukuhkan kedudukan Gymboree di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.” Kata Ms Ooi Kim Koon, Pengarah Urusan Gymboree Play and Music Malaysia.

Tawaran tersebut disediakan di cawangan Gymboree Play and Music terpilih di seluruh Malaysia. Ibu bapa dan anak-anak boleh mengunjungi cawangan terbabit sepanjang waktu operasi untuk menikmati tawaran-tawaran istimewa berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

1 : Beyond ‘turn it off’: How to advise families on media use, Ari Brown, Donald L. Shifrin and David L. Hill, Journal of American Association on Paediatrics, 2015 *Sila dapatkan maklumat jadual di cawangan Bangsa Village (BV) dengan menghubungi 03-2284 5602

Mengenai Gymboree Play & Music Malaysia
Gymboree Play & Music adalah ahli pengasas kumpulan jenama Gymboree. Sejak penubuhannya oleh pengasas, Joan Barnes pada tahun 1976, Gymboree Play & Music telah meraikan dan menggalakkan keriangan kehidupan kanak-kanak dengan mewujudkan kelas-kelas permainan, muzik dan seni untuk perkembangan kanak-kanak yang menawarkan mereka dan ibu bapa mereka peluang untuk belajar, membesar dan berkongsi masa bersama.

Berasaskan gabungan teori perkembangan awal kanak-kanak berserta pengalaman sendiri selama 40 tahun, Gymboree Play & Music menawarkan pelbagai program untuk bayi baru lahir hingga berusi lima tahun, termasuk kelas-kelas Bermain & Belajar yang menggalakkan perkembangan melalui penerokaan menggunakan deria hinggalah kepada permainan menyelesaikan masalah, kelas muzik yang mempertingkatkan perkembangan kanak-kanak menerusi lagu, tarian dan peralatan, serta kelas seni yang menggalakkan cetusan imaginasi dan ekspresi diri.

Ikatan kekeluargaan dan penyertaan ibu bapa merupakan aspek penting dalam semua kelas Gymboree Play & Music. Persekitaran kelas yang intim membolehkan ibu bapa bertemu dan berkongsi maklumat dengan ibu bapa lain sambil memperkenalkan anak-anak mereka dengan pelbagai pengalaman dan kemahiran baharu. Kelas-kelas kini dibuka di lebih 700 buah pusat di lebih 40 negara di seluruh dunia. Ibu bapa boleh mencari cawangan berhampiran lokasi masing-masing dengan melayari www.gymboreeclasses.com.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×