Hebahan

Misi Pengumpulan Dana Untuk DoktorBudak.com. Laman Pertanyaan Kesihatan Kanak-Kanak Terbaik!

Misi Pengumpulan Dana Untuk DoktorBudak.com. Laman Pertanyaan Kesihatan Kanak-Kanak Terbaik!

Pengumpulan Dana Untuk DoktorBudak.com

printit-print-your-memories

Kebanyakan ibu bapa muda masa kini melayari Internet untuk memperoleh ilmu pengetahuan mengenai kesihatan kanak-kanak. Laman web DoktorBudak.com (www.doktorbudak.com), adalah sebuah laman web tempatan yang dilancarkan lebih setahun yang lalu. Laman ini memperoleh trafik Internet yang kian meningkat serta menerima pelbagai pertayanan terutamanya daripada mereka yang baru sahaja menjadi ibu bapa. Laman doktorbudak.com secara rasmi dilancarkan pada 3 September 2014 yang lalu.

Dalam tiga minggu yang pertama, laman web tersebut menerima 50,000 pelawat dan mengumpul sebanyak 2,000 peminat menerusi Facebook serta 675 pengikut Twitter. Bulan lepas, laman web ini telah dilayari sebanyak 230,000 kali, peminat Facebook pula mencecah 13,000 dan pengikut Twitter telah melebihi 2,000.

Pasukan pakar kanak-kanak kami menjawab sebanyak 20 soalan setiap minggu, selain daripada itu mereka juga menulis artikel untuk doktorbudak.com pada masa lapang” kata pengasas laman web Dr. Zahilah Zulkifli.

Selain daripada artikel-artikel tentang isu kesihatan kanak-kanak, laman ini juga merupakan sebuah medium yang mengajar tentang pengetahuan penjagaan kanak-kanak. “Kami ingin membina sebuah koleksi artikel sebagai rujukan kepada ibu bapa sekalian; membekakan ilmu untuk membetulkan ketidakpastian dan salah faham serta membantu mereka membuat keputusan tentang kesihatan anak-anak mereka” Dr Zahilah menambah.

Walau bagaimanapun, penyelenggaraan sebuah laman web yang popular dan berkembang pesat seperti doktorbudak.com bukanlah percuma. Pada bulan ini, doktorbudak.com akan menjalankan kempen penjanaan dana dengan bantuan Printit – sebuah aplikasi mudah alih yang membolehkan anda mencetak foto melalui telefon pintar anda. Kempen ini akan berterusan selama 6 minggu.

doktorbudak_printit_fundraising_campaign_main

Matlamat kempen tersebut adalah untuk mengumpul dana sebanyak RM10,000 untuk membiayai kos termasuk web hosting, bandwidth, penyelenggaraan dan naik taraf yang berterusan bagi laman web dan sistem serta pemasaran untuk memperkenalkan doktorbudak.com kepada lebih ramai ibu bapa. Secara tidak langsung, dapat membantu menyelesaikan lebih banyak masalah.

“Kami berharap dapat meringankan beban penyelenggaraan infrastruktur doktorbudak.com dan membolehkan pengasas Dr. Zahilah and Dr. Foo Chee Hoe memberikan tumpuan sepenuhnya dalam menghasilkan kandungan artikel yang lebih berguna kepada ibu bapa sekalian” kata Jason Gan dari Printit.

Dr. Zahilah and Dr. Foo adalah penulis blog yang berdedikasi sejak dari zaman sekolah lagi. Mereka memulakan doktorbudak.com dibawah Persatuan Advokasi Kesihatan Kanak-kanak Malaysia dan sehingga kini telah berjaya mengumpul seramai 31 pakar kanak-kanak yang bersama-sama membantu dalam memperkayakan doktorbudak.com.

“Pada peringkat awal pembinaan doktorbudak.com, kami bergantung kepada kemudahan percuma Internet yang sedia ada dan pengetahuan reka bentuk web kami yang terhad sahaja” kata Dr. Foo. “Bagi memastikan laman ini kekal dan mudah diakses oleh pembaca kami, peningkatan yang berterusan amat diperlukan. Disebabkan kita tidak mempunyai persediaan yang secukupnya bagi kos penaikkan taraf laman web ini, kami merasa bernasib baik kerana ada penaja yang membolehkan kami berbuat demikian.”

 

Bagaimana anda boleh membantu?

doktorbudak_printit_fundraisin_steps

Muat turun aplikasi Printit secara percuma ke dalam telefon pintar anda. Anda boleh mula menghasilkan poskad dengan gambar anda sendiri menerusi telefon pintar anda. Bayangkan kegembiraan orang tersayang apabila menerima poskad anda itu. Mereka juga boleh membuat dekorasi dalam rumah samada di dinding, peti sejuk atau mana-mana saja.

Gan berkata, Printit telah merekabentuk Pakej Poskad DoktorBudak edisi terhad untuk kempen ini. 100% keuntungan daripada penjualan Poskad tersebut akan disalurkan kepada dana penyelenggaraan doktorbudak.com.

doktorbudak_printit_fundraising_fb

Selain daripada menyokong kempen ini, pelanggan yang membeli poskad DoktorBudak juga akan berpeluang menjadi pemenang mingguan “Happiest Photo” dengan menerima Kalendar 2015 dari Printit yang dihasilkan daripada foto anda.

“Kami percaya dan menyokong terhadap khidmat dan dedikasi yang disalurkan oleh pakar-pakar di doktorbudak.com. Ini adalah kali pertama Printit membantu dalam penjanaan dana, maka kami berharap dapat menjadikannya sebagai aktiviti tahunan kami” tambah Gan, yang juga merupakan CEO Tribeup Sdn Bhd yang membina Printit.

Kempen ini akan berjalan sehingga akhir December 2014. Muat turun Printit untuk dan membuat pesanan sekarang. Maklumat lebih lanjut boleh melayari www.doktorbudak.com atau www.printit.my

 

Mengenai DoktorBudak.com

Platform atas talian untuk semua ibu bapa mendapatkan nasihat bukan kecemasan percuma tentang kanak-kanak dan pelbagai topik-topik kesihatan yang lain. DoktorBudak.com dibina dan diuruskan oleh satu panel sukarela pakar-pakar perubatan yang terdiri daripada sekumpulan pakar pediatrik, doktor gigi pediatrik, pakar bedah pediatrik , pakar dermatologi pediatrik, pakar psikiatri kanak-kanak, ahli terapi pertuturan dan pakar pemakanan. Buat masa ini, terdapat 27 pakar perubatan yang berdedikasi dan bilangan dijangka berkembang.

Untuk maklumat lanjut – www.doktorbudak.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×