Famili

Rawatan Tepat Jika Anak Masih Demam Selesema & Cirit Birit Walaupun Telah Berjumpa Doktor

120
SHARES
Foto Kredit : gpfindia.org

Pengalaman anak dijangkiti demam selesema dan cirit-birit adalah salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa terutama bagi anda yang pertama kali bergelar ibu dan ayah.

Memang tidak senang duduk apabila anda melihatnya, apatah lagi ketika melihat anak yang tidak henti meragam kerana berasa tidak selesa.

Perkongsian kali ini adalah mengenai seorang ibu mengenai pengalaman apabila anaknya berusia 8 bulan yang mengalami demam selesema dan cirit-birit.

Beliau memuat naik kekeliruannya di salah satu post di Facebook dengan menyatakan kerunsingan beliau mengenai ubat dan rawatan yang diberikan oleh doktor dari sebuah klinik kepada anaknya.

15665752_1531797653497840_9085745424566223680_n

Foto Kredit : facebook.com/Pseudoscience Watch

Berikut adalah nasihat seorang netizen mengenai rawatan yang sepatutnya diberikan.

Jangan beri rawatan dan ubat sembarangan kepada kanak-kanak dibawah usia 2 tahun

Ada seorang akak bertanya. Tapi bukan pada group PW lah. Saya pula rasa nak jawab.

1) Budak yang kurang daripada 2 tahun sepatutnya tidak boleh diberi ubat batuk, selsema, tahan muntah dan juga ubat tahan cirit.

Sebab tu jika budak-budak masuk government hospital, doktor selalunya akan bagi air masuk melalui tiub terus ke dalam badan. Tak de pulak doktor, bagi ubat tahan muntah, tahan cirit dan sebagainya.

2) Budak kurang daripada 2 tahun, boleh diberi paracetamol (ubat demam). Tetapi kalau kurang daripada 3 bulan demam tu terus bawa hospital ye. Sebab bayi bawah umur 3 bulan ni senang deterioriate. Tak payah lah nak rawat pakai PCM dan sebagainya. Suruh doktor check dahulu. Jangan bawak pada pengamal homeopathy pula. Diorang bukannya tahu apa itu sunken fontanelle, mottling of skin, capillary refill time dan yang seangkatan dengannya. Kalau nak tempah ‘Tiny Coffin’ pergi jumpa homeopathy dulu.

3) Ubat selesema yang selalu diberi pun adalah air normal saline yg dititiskan ke dalam hidung. Selalunya diberi ketika hidung tersumbat dan mengganggu penyusuan dan tidur. Waktu lain kalau anak relaks je, biarkan je lah ianya mengalir.

4) Budak-budak yang demam, muntah dan cirit birit selalunya disebabkan virus. Virus yg selalu menyebabkan DEMAM sekali dgn muntah dan cirit birit adalah rotavirus. Tetapi jarang-jarang ada bakteria seperti Salmonella Thypi (yang menyebabkan demam kepialu) yang menjangkiti budak-budak.

5) Seperti yang saya katakan tadi, kebanyakan demam, muntah dan cirit birit ini disebabkan virus. Maka, antibiotik tak perlu ambil pun.

6) Jika anak anda cirit birit berserta dengan darah(bloody diarrhea), selalunya penyakit tersebut disebabkan jangkitan bakteria dan antibiotik perlu diberi kepada bayi. Tetapi perlu diingatkan, ada juga sebab lain yg boleh menyebabkan ‘Bloody Diarrhea’ seperti penyakit Intussesception, Volvulus, Necrotizing Enterocolitis dan banyak lagi. Oleh itu, perlu disahkan oleh doktor yang mana satu penyakit tersebut.

7) Memang anak akan cirit setelah menyusu, ini kerana pergerakan usus pada ketika itu berlaku dgn cepat. Bukanlah susu yang baru sahaja diminum itu terus keluar, tetapi susu yg sebelum ini tu yg keluar. Reflex ini dinamakan gastro colic reflex. In fact, orangg sihat pun ada reflex ini. Dan kadang-kadang najis akan menjadi warna hijau disebabkan jus hempedu yang berwarna hijau tidak sempat diuraikan didalam usus.

8) Kalau anak dah tak dapat nak menyusu disebabkan asyik muntah sahaja + cirit birit, better terus pergi hospital sebab budak tu for sure akan dehydrated kalau tak de air yang masuk dalam badannya

9) Kalau awak dah datang kat hospital tu tapi doktor kata boleh balik, takpe anda balik dulu. Tapi jika keadaan bayi masih sama, muntah2 lagi, datang balik hospital. Jangan lupa cakap kat doktor yang ini kali kedua anda datang hospital dengan sebab yang sama. Insyallah, diorang akan melihat anak anda dengan lebih terperinci.

10) Nasihat saya kat para doktor di luar sana, jangan bagi ubat yang tak perlu pada budak-budak. Specialist saya selalu ingatkan kat saya, kenapa perlu membazir pada rawatan yang tak mendatangkan kesan. Kalau nak ambil darah pun perlu ada justifikasi kenapa nak ambil darah daripada budak-budak. Ingat budak-budak suka ke makan ubat dan kena cucuk-cucuk nih. Budak tu dah lah sakit, pastu ko seksa lagi bagi makan ubat banyak-budak.
-Doktor Paracetamol-

Semoga dengan perkongsian ini anda mendapat informasi yang berguna dan mengetahui rawatan yang tepat sekiranya anak anda dijangkiti demam selesema dan cirit-birit.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×