Hospital

Pengalaman Bersalin Di KPJ Johor Specialist Hospital, Johor

51
SHARES
Pengalaman bersalin di KPJ Johor Specialist Hospital
Pengalaman bersalin di KPJ Johor Specialist Hospital

KPJ Johor Specialist Hospital juga dikenali sebagai Hospital Pakar Johor

 

Jenis Hospital: Swasta

Alamat:

39-B, Jalan Abdul Samad, Johor Bahru
Johor, Malaysia

Nombor telefon: 607 225 3000
Emergency: 607 225 3199

Laman web: http://www.kpjjohor.com

Email: [email protected]

Lokasi :

[toggle title=”Tentang Hospital Pakar Johor” state=”open”]

pengalaman-bersalin-di-kpj-johor-logo

Hospital Pakar Johor (KPJ Johor) telah dibuka kepada orang ramai pada bulan Mei 1981, sebagai hospital swasta pertama di Johor. Terletak di kawasan seluas 5 ekar di Jalan Abdul Samad Johor Bahru, KPJ Johor mempunyai pemandangan indah kerana terletak dalam kawasan kehijauan Radio Televisyen Malaysia, Johor Bahru

[/toggle]

1. Kos / Harga Bilik

Suite VIP RM 450.00
Single RM 195.00
2 Katil RM 105.00
4 Katil RM 95.00
6 Katil RM 75.00
Nursery (Kemasukan) RM 70.00
Nursery (New Born) RM 60.00
Kes Hari RM 75.00
NICU RM 135.00

2. Harga / Kos Bersalin

  • Bersalin normal: di atas RM5000
  • Bersalin pembedahan : di atas RM10000

3. Pakej Bersalin

Tiada pakej.

4.Bilangan Katil

215

5. Servis, Kemudahan dan Fasiliti

Bilik penyusuan, bilik permainan; Bayaran bilik sehari (Makanan adalah percuma)

6. Senarai Doktor Pakar

Obstetrics & Gynaecology

Dr (Mdm) Lim Keng Joo

Dr Mohanraj Krishnasamy

Dr Mohd Hafetz Ahmad

7. Pengalaman Bersalin Di KPJ Johor Specialist Hospital, Johor

Di sini kami ingin berkongsi beberapa coretan daripada blogger dan forum-forum yang telah membuat ‘review’ atau komen semasa bersalin di KPJ Johor Specialist Hospital, Johor.

Hospital ini adalah antara hospital swasta yang menjadi pilihan ibu bersalin ramai selain Hospital Pakar Puteri, Hospital Kempas, dan Hospital Penawar.

Antara komen umum yang dipetik daripada Forum ialah

“Hospital Pakar Johor….saya dah bersalin 3 kali kat sana dan ayah saya pernah masuk ward sbb gastrik ulcer,servis amatlah puas hati” 

“hospital sultan ismail: facilities ekon & selesa..krg pakar..so kalau serious kes, kene refer Hos. sultanah aminah gak..parking OK..tp penah dgr org ilang kete..

hospital puteri: sultan suka masuk sini..dr segi patient, agak ramai compare dgn johor specialist (mungkin limited space, so nampak mcm ramai org)..rasanya kos lebih sket drp johor specialist..bilik agak better drp johor specialist..limited bed

hospital johor specialist: doktor byk yg otai..luas lapang, parking ok..jgn parking kat luar sbb byk pecah masuk..”

– Jenglut, Forum Cari.com.my

Pengalaman Bersalin Di KPJ Johor Specialist Hospital, Johor, 2011

Di sini, Puan Noorhafizah Khalid ada berkongsi pengalaman tentang proses bersalin beliau di Hospital Pakar Johor pada tahun 2011.

saya dan husband mengambil keputusan untuk bersalin di Johor Specialist dengan Dr. Hafezt. Doktor Hafezt ni kalau kat Johor die la ketua Pakar sakit Puan(semua yer yang terbaik untuk anak kami). Setiap Bulan saya akan buat pemeriksaan di Johor Specialist sehingga kandungan berusia 9 bulan.

Due date yang doc berikan 24/1/2011 dan kemungkinan besar saya akan bersalin awal seminggu disebabkan kandungan saya terlalu besar. Masa kandungan saya cecah 8 bulan, kebanyakkan orang tegur perut saya nampak besar dan ada yang mengatakan anak saya kembar. Pada 19/1/2011 saya betul-betul tak larat dan pasrah untuk serah diri ke hospital. Tapi atas nasihat Dr. Hafezt saya cuma diberi cuti rehat dan berehat di rumah atas sebab tiada tanda-tanda untuk bersalin.

Ikuti kisah lanjut: http://fyza37970.blogspot.my/2012/11/catatan-peristiwa-pengalaman-bersalin.html

Pengalaman Bersalin Di KPJ Johor Specialist Hospital, Johor, 2013

Berikut adalah sedikit perkongsian daripada blog KisahQaseh yang sedang dalam proses membuat ‘survey’ di beberapa hospital bersalin di Johor.

yang selalu aku pergi, KPJ Johor Specialist, Dr Mohan.
yang ni start pregnant 4 bln aku dah ke sana for monthly checkup.
he’s good and penulis tetap ruangan kesihatan utk satu magazine ni.

checkup rate dia pun tak mahal sangat.
around RM100+ per visit.
and rate bersalin pun dlm RM3000+ je.

Ikuti selanjutnya melalui blog tersebut di pautan ini: http://kisahqaseh.blogspot.my/2013/01/part-1-delivery-of-aaira-aleena.html

Bagaimana dengan anda?

Pernah bersalin di KPJ Johor Specialist Hospital? Jika pernah, kongsikan pengalaman bersalin anda di ruangan komen di bawah. Bukannya apa, sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit maklumat, panduan dan manfaat untuk bakal ibu yang lain!

 


MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×