Rumah

Tanpa Sabun Pencuci, 3 Bahan Semulajadi Ini Hilangkan Kerak Susu Dengan Pantas

5.7K
reads

“Ish, mana pergilah botol susu budak ni tadi. Nanti kalau tak jumpa, habislah susunya berkerak. Satu hal pula nak hilangkan kotoran bekas susunya.”

Sekarang dah mudah, ada banyak sabun organik yang dijual khas untuk membasuh botol susu atau peralatan bayi. Tapi, sebenarnya anda boleh gunakan 3 bahan ini sebagai pencuci botol susu yang paling berkesan.

Ikuti perkongsian tips istimewa ini daripada Puan Fitriah Azman, atau gelaran mesra beliau, Kak El.

Tanpa Sabun Pencuci, 3 Bahan Semulajadi Ini Hilangkan Kerak Susu Dengan Pantas

Masalah kami anak beranak ni, beli barang selalu hilang. Kalau botol susu, lama sangat tak jumpa sampai kami terhidu bau masam. Masa itulah, ‘jejak kasih’ berlaku antara kami. Pastinya, pada waktu ini kerak susu pada dinding botol susu dan ‘peta dunia’ dah mengelilingi permukaan puting. Fuhh! Fobia memikir cara nak hilangkan nanti.

Nak buang sayang. Botol baru juga beli. Jadi, Kak El rajinkan diri angkat bontot pegi dapur dan capai 3 bahan AJAIB ni. Jangan pandang sebelah mata dekat beras dan garam. Bukan saja sedap dijadikan nasi goreng, tapi ada fungsi RAHSIA yang ramai tak tahu.

Cara Hilangkan Kerak Susu Dengan Pantas

Inilah cara membuat ‘pencuci botol susu organik’ yang mudah.

Bahan-bahan:

  • Gunakan air panas untuk hasil yang pantas
  • Garam
  • Beras

pencuci botol susu

Cara-cara:

1. Masukkan Beras & Air Panas

Pertama sekali, masukkan beras ke dalam botol.

Campurkan air panas ke dalam botol yang berisi beras tadi

2. Goncangkan

Tutup dengan penutup dan goncangkan botol susu dengan penuh kasih sayang.

Perhatikan kerak kerak susu mula berenang-renang

pencuci botol susu

3. Bilas

Bila kerak susu dah habis tertanggal, bilaskan dengan air bersih.

4. Ulang Dengan Garam

Ulangi langkah yang sama untuk garam. Cuma, Kak El guna khidmat berus botol untuk kesan yang lebih cepat.

cara bersihkan kerak susu

Inilah hasilnya selepas dicuci.

Macam baru beli, kan?

5. Bersihkan Puting

Untuk membersihkan puting, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting.

Geserkan permukaan puting dengan beras. Kerak susu akan tanggal dengan mudah. Kalau tak faham, boleh rujuk video dalam post asal beliau di SINI.

Inilah hasilnya.

Senang, bukan?

Dengan cara ini juga, kita sebagai mak-mak boleh elakkan anak daripada sakit perut akibat sabun pencuci. Bukan tak boleh guna cecair pencuci, cuma cara membilas kena betul-betul bersih. Barulah anak tak mudah sakit perut. Jimat pun jimat, cuma guna bahan yang sedia ada di rumah.

Apapun, kena ingat juga bahawa puting dan botol susu ini ada tarikh luputnya masing-masing. Kalau dah bercalar dan lebih 6 bulan, dah tiba masanya untuk ditukar baru. Namun, bergantung juga kepada jenama botol susu dan puting masing-masing. Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu untuk menjaga kebersihan botol susu dengan lebih baik.

*Perkongsian asal oleh Puan Fitriah Azman ini diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak perkongsian dan tips, follow FB beliau di SINI.

Yang Popular

To Top