Famili

Pelbagai Kombinasi, Lihat Bagaimana Orang Malaysia Begitu Sukakan Mi MAGGI Sejak Dulu Lagi

9.2K
SHARES

Rakyat Malaysia sudah menikmati semangkuk Mi MAGGI sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1971. Boleh dikatakan kita semua membesar dengan jenama ni, sekurang-kurangnya untuk dua generasi. Betul tak?

Daripada semangkuk MAGGI Kari 2 -Minit yang ringkas sehingga MAGGI Ayam 2-Minit, sekarang MAGGI sudah mempunyai pelbagai perisa bersesuaian dengan selera rakyat Malaysia. Sampaikan ramai guna cara kreatif untuk menambah kelazatan MAGGI yang dimasak!

Jom kita tengok 10 Mi MAGGI paling terbaik yang kami jumpa di internet. Anda pasti terliur punya.

Maggi Bujang

“Waktu duduk asrama dan kolej dulu memang tak lekang dengan Maggi bujang ni. Letak telur je pun sedap la.”

Maggi Glamor

“Nak la makan Maggi macam kat restoran mewah, suruh suami beli ketam. Sesekali nak rasa glamor sikit takpe kan?”

Maggi Sempoi Bak Angg

“Sempoi bak angg la kalau letak petai dalam Maggi. Memang favourite dari dulu macam ni.”

Maggi Kahwin

“Pernah dengar orang kahwinkan Maggi. Campurkan dua perasa berbeza, Maggi kari dan Maggi asam laksa. Tak sangka pulak sedap!”

Maggi Sizzling

“Serius rindu nak makan sizzling kat food court. Buat sendiri je guna Maggi yang ada kat rumah. Tak ada hot plate pun takpe, kuali kan hadooo?”

Maggi Kung Fu

“Dulu asyik pesan kat kedai je. Sekarang dah boleh bukak langkah kungfu sendiri kat rumah dengan Maggi. Makan bersama keluarga di rumah lagi seronok.”

Maggi Viral

“Tengok orang campur milo dengan Maggi kat media sosial. Teringin jugak la cuba. Pada saya rasanya sedap je.”

Maggi Goreng Mamak Di Rumah

“Dulu selepas balik kerja, tak boleh miss singgah makan kat kedai mamak. Maggi goreng mamak serius sedap. Dah cuba buat sendiri kat rumah, lagi sedap rupanya!”

Maggi Goreng Basah Merecik

“Dah cuba resepi Maggi goreng basah stail Azfar Heri. Cara penyediaan sangat mudah. Tak perlu banyak bahan pun. Serius sedap!”

Maggi Alaf Baharu

“Banyak kali tengok orang buat resepi lain tapi guna Maggi. Pernah jumpa cucur Maggi, popia Maggi, sate Maggi, murtabak Maggi, banyak lagi la. Kreatif jugak orang Malaysia ni.”

Wah, nampak sedap belaka ni! Adakah anda sudah pernah mencubanya atau belum? Kongsikannya pada kami yang mana satu jadi kegemaran anda ya.

Jom raikan 50 tahun bersama Mi MAGGI sempena MAGGI Sah Malaysia!

Orang kita dengan Mi MAGGI 2-Minit memang tak dapat dipisahkan langsung semenjak 1971. Anda sedar tak? Sebenarnya dah 50 tahun Mi MAGGI bersama dengan kita tau. Sekaranglah masa untuk meraikan kegemilangannya!

Sempena kempen MAGGI Sah Malaysia!, anda boleh kongsikan cerita paling tak boleh dilupakan dengan Mi MAGGI. Jika ada resipi sedap yang pernah dibuat dengan Mi MAGGI, kongsikannya sekali ya.

Paling seronok, anda berpeluang memenangi hamper, barang ekskulsif MAGGI Sah Malaysia dan baucar bernilai RM150 tau. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Ogos 2021.

Dah alang-alang kongsi cerita, bolehlah sertai Peraduan MAGGI Sah Malaysia! Tawaran hadiah betul-betul menarik dengan jumlah nilai hadiah melebihi RM449,000 menanti anda. Memang syoklah!

CARA-CARA MENYERTAI PERADUAN MAGGI SAH MALAYSIA!

[LANGKAH 1] Beli produk MAGGI bernilai RM5 dan pastikan pembelian bermula 1 Ogos 2021 – 30 September 2021.

[LANGKAH 2] Tulis nama penuh, nombor kad pengenalan dan negeri alamat rumah anda pada resit pembelian asal dan Whatsapp ke 018-3880131.

ATAU

Lengkapkan e-borang peraduan & hantar seperti yang dinyatakan.

Anda juga boleh scan kod QR di bawah untuk info lebih lanjut tentang peraduan ni ya.

Take note ya. Peraduan MAGGI Sah Malaysia! akan tamat pada 30 September 2021. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyertainya! (Lihat terma dan syarat penyertaan di sini)

Momen indah bersama Mi MAGGI memang tak boleh lupa. Mesti ingat sampai bila-bila punya. Semoga anda sekeluarga terus abadikan kenangan indah bersama Mi MAGGI kegemaran ramai!

Untuk info lebih lanjut tentang kempen MAGGI Sah Malaysia!, klik sini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×