Rakyat

Pelajar Tingkatan 3 Pukul Guru Displin Guna Penyapu, Bengang Rambut Dipotong

12
SHARES

Gara-gara berang rambutnya dipotong, seorang pelajar lelaki tingkatan 3 di Hulu Selangor bertindak memukul guru menggunakan batang penyapu, semalam. Kejadian itu berlaku pada jam 12.30 tengah hari ketika guru wanita tersebut sedang membuat rondaan di sekolah berkenaan.

Baca juga: Padah Belasah Rakan Sekolah, 13 Orang Pelajar Ditahan

PELAJAR TINGKATAN 3 PUKUL GURU DISPLIN GUNA PENYAPU

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin menjelaskan pihaknya menerima laporan tersebut daripada guru terbabit kira-kira pukul 3.14 petang pada hari kejadian.

“Guru disiplin berkenaan telah menerima laporan bahawa terdapat seorang pelajar berambut panjang dan telah menggunting rambut pelajar berusia 15 tahun tersebut,” ujarnya.

Bukan sahaja memukul guru berkenaan, pelajar tersebut juga memarahi dan mengugut mahu membunuh guru tersebut kerana tidak puas hati.

Gambar sekadar hiasan

Tindakan pelajar lelaki berkenaan menyebabkan kecederaan pada bahagian mata sebelah kiri dan ujian saringan air kencing yang dilakukan adalah negatif.

“Pelajar terbabit juga telah memukul guru itu menggunakan batang penyapu sehingga menyebabkan kecederaan pada mata di sebelah kiri,”  jelasnya.

Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana membuat ugutan jenayah.

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×