Inspirasi

Pelajar Malaysia Rangkul Gelaran Juara Dalam Pertandingan Robotik Dunia

586
SHARES

Mencipta sebuah robot tentunya memerlukan daya imaginasi yang tinggi, barang yang canggih dan juga program yang hebat. Lebih hebat, pelajar dari Malaysia telah menyertai juga berjaya menjadi juara dalam sebuah pertandingan mencipta robot di taraf antarabangsa, memang power!

CIPTA SEBUAH ROBOT

Sekumpulan pelajar sekolah menengah di Sarawak telah berjaya tewaskan 3 500 pasukan di dunia dalam pertandingan robotik. Mencipta robot bukan sesuatu yang senang dan memerlukan kepakaran serta penyelesaian masalah yang tinggi untuk berjaya cipta sebuah robot yang berfungsi. Namun, pelajar sekolah menengah di Sarawak berjaya merangkul gelaran juara dunia dalam Pertandingan MakeX International Robot Competition.

DINOBATKAN SEBAGAI JUARA PERTANDINGAN ROBOTIK

Pasukan Malaysia diwakili oleh sekumpulan pelajar sekolah menengah dari SMK Jalan Arang, Kuching. Sarawak Blue Team ini dianggotai oleh Joel dan Hii Tuong dinobatkan sebagai juara bersama-sama pasukan dari Turki untuk kategori MakeX Starter.

MakeX International Robot Competition ini dianjurkan oleh sebuah syarikat penyedia solusi pendidikan STEAM (Science, Technology, Engineering, Art and Mathematics) iaitu Makeblock telah diadakan di 30 buah negara dari seluruh dunia. Pada tahun ini, sebanyak 3 500 pasukan telah mengambil bahagian dalam lebih 5 000 pertantingan di seluruh dunia sehingga dipilih ke peringkat antarabangsa.

DISERTAI PELAJAR BERUMUR 6 HINGGA 18 TAHUN DARI SELURUH DUNIA

Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah berumur 6 hingga 18 tahun dari seluruh dunia untuk beberapa kategori. Antaranya adalah MakeX Spark – My City, MakeX Starter – City Guardian, MakeX Challange – Courageous Traveller dan MakeX Premier – Strong Alliance.

Sebuah lagi pasukan diberi nama Sarawak Red Team pula telah merangkul anugerah Open-source Innovation Award bersama dua lagi pasukan lain iaitu Dongsheng Team dari China dan The Cross dari Indonesia.

*Hebatnya semua!

Sumber: I Love Borneo &  Facebook MakeX

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×