Kini Trending

[TERKINI] Pelajar IPT Dibenarkan Masuk Kampus Secara Berperingkat Mulai 1 Mac

14
SHARES

Mulai 1 Mac ini, kerajaan membenarkan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) masuk ke kampus secara berperingkat dengan kapasiti 70 peratus hingga 100 peratus.

Baca juga: [TERKINI] Tiada Lagi Pemeriksaan Suhu Badan & Buku Rekod Mendaftar Mulai Jumaat Ini

[TERKINI] PELAJAR IPT DIBENARKAN MASUK KAMPUS SECARA BERPERINGKAT

Berita Harian melaporkan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 ke-12 pada Selasa, yang memperhalusi cadangan daripada KPT berhubung kemasukan pelajar ke IPT, membabitkan universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan IPT swasta,

“Antara prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KPT dan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah pelajar dan staf yang lengkap dan tidak lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke kampus, namun mereka yang tidak lengkap vaksinasi perlu membuat ujian RT-PCR dan berkeputusan negatif tiga hari sebelum masuk ke kampus.

“Ujian pengesanan COVID-19 menggunakan kaedah RTK-Ag juga perlu dilakukan seminggu sekali bagi mereka yang tidak lengkap vaksinasi, mengikut Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan yang dikeluarkan oleh KKM,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Hishammuddin berkata, IPT perlu memastikan kapasiti universiti mampu menampung bilangan pelajar yang hadir secara fizikal dengan sentiasa mematuhi SOP pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang ketat. Manakala, pengajian secara hibrid atau secara dalam talian masih boleh diteruskan.

Selain itu, bagi menggalakkan menjalani kehidupan sihat, semua aktiviti sukan dan riadah juga perlu mematuhi SOP dikeluarkan oleh KKM. Para pelajar yang pulang ke kampus wajib terus mematuhi SOP umum seperti memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

“Dalam setiap kelonggaran diberikan kerajaan, aspek keselamatan dan kesihatan rakyat termasuklah pelajar IPT tetap menjadi keutamaan.

“Sehubungan itu, kerajaan menyeru kepada semua pihak, termasuk pentadbiran IPT, staf dan pelajar supaya mematuhi SOP ditetapkan dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab,” katanya.

Tambah Hishammuddin lagi, bagi pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu, mereka yang lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan masuk ke Malaysia. Mereka wajib menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari atau lima hari jika sudah menerima dos penggalak.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×