Inspirasi

Patutlah Ramai Nak Jual Coway….

2.6K
SHARES

Sejujurnya tidak pernah terlintas di fikiran kami untuk menjejakkan kaki ke bandar pelancongan mewah yang pesat membangun, Dubai. Apatah lagi segala kos perjalanan dan penginapan selama 5 hari di sana ditanggung sepenuhnya oleh Coway Malaysia. Terima kasih Coway!

Bagaikan bulan jatuh ke riba, kami tidak mengambil masa yang lama untuk menerima pelawaan Coway tempoh hari. Sebaik meneliti senarai aktiviti dan tempat yang bakal dilawati di sana, hati kecil kami lantas berbisik “trip ini confirm best gila!”. Mana tidaknya, kami semua bakal menaiki roller coaster terpantas di dunia, menikmati keindahan Dubai dari menara tinjau Burj Khalifa, tea-time di hotel tujuh bintang mewah dunia dan banyak lagi.

Antara HP dan pihak pengurusan yang mengikuti Coway Incentive Trip 2018

Trip ke Dubai kali ini menghimpunkan lebih 100 orang salesperson atau lebih dikenali sebagai Health Planner (HP) dan pihak pengurusan Coway dari seluruh Malaysia yang berjaya mempamerkan prestasi cemerlang, mencapai sasaran jualan yang ditetapkan oleh syarikat. Sebagai tanda penghargaan, mereka semua dibawa bercuti ke Dubai tanpa mengeluarkan satu sen pun. Ya, semuanya ditanggung oleh Coway!

Travel Free, Eat Free, Play Free

Penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Dubai International Airport (DXB) menaiki kapal terbang Emirates Airline mengambil masa lebih kurang 8 jam. Setibanya di sana, kami semua dibawa ke hotel penginapan, The St.Regis yang terletak di pinggir bandar Dubai. Masa yang diberikan untuk mendaftar masuk cuma 30 minit sahaja kerana ada kejutan istimewa yang menanti kami di luar.

HP posing sakan depan limousine

Ya, ini memang benar-benar terkejut! Mana tidaknya, terdapat lebih kurang 5-6 buah kereta mewah limousine sedang menunggu kami di luar hotel. Selesai mengambil gambar bersama kereta mewah ini, kami semua dibawa mengelilingi bandar Dubai selama lebih kurang satu jam menaiki limosin yang boleh memuatkan lebih kurang 20 orang dalam sebuah kereta.

Dhow cruise dan buffet dinner

Menjelang malam, kami menikmati makan malam di atas kapal menyelusuri sungai di Dubai Marina. Seterusnya kami semua dibawa menuju ke perkarangan Dubai Mall untuk menyaksikan persembahan pancuran air (Dubai Fountain) dengan cahaya pelbagai warna mengikut rentak musik. Uniknya, pancuran air ini hanya pada waktu tertentu sahaja setiap hari. Kalau terlepas, memang kena tunggu keesokannya pula!

Nak tercabut jantung

Hari kedua, seawal 11 pagi kami telah tiba di Ferrari World yang terletak di Abu Dhabi. Perjalanan dari Dubai mengambil masa lebih kurang 2 jam. Hujan renyai pada pagi itu sedikit sebanyak menggusarkan perasaan kerana berkemungkinan Formula Rossa, roller coaster terpantas dunia yang merupakan tarikan utama di situ tidak dapat beroperasi. Syukur cuaca kembali cerah menjelang tengah hari dan kami sempat merasai pengalaman menaiki roller coaster dengan kelajuan 240km/h.

Dihadapan pintu masuk Ferrari World

Kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah mereka yang mengikuti trip ini. Masing-masing mengakui trip ke Dubai kali ini antara trip paling mengujakan sepanjang mereka berkhidmat bersama Coway. Sebelum ini mereka pernah ke Afrika Selatan, Italy, Korea, Hong Kong dan banyak lagi. Pendek kata, memang berjalan sakan lah budak-budak Coway ini.

Pada sebelah petang, kami dibawa ke Emirates Palace untuk menikmati sepotong gold cake dan secawan gold coffee. Rasa macam orang kaya pula makan emas! Jangan salah sangka, emas yang dimaksudkan ialah gold flakes yang sememangnya boleh dimakan. Khabarnya untuk tea-time ini, harga untuk seorang ialah AED300 bersamaan dengan RM319.

Tea time di Emirates Palace

Alang-alang sudah berada di Abu Dhabi, tidak lengkap rasanya jika tidak berkunjung ke masjid ketiga terbesar di dunia, Masjid Agung Sheikh Zayed yang dibuka sepenuhnya pada 2007. Tatkala tiba, azan isyak berkumandang dan kesempatan ini digunakan kami untuk menunaikan solat sebelum bergerak pulang ke Dubai. Pelawat atau pelancong dibenarkan memasuki ke perkarangan masjid ini namun perlu melalui pemeriksaan yang ketat bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Masjid Sheikh Zayed pada waktu malam

Pasir halus dan menaiki unta

‘Dune bashing’ adalah aktiviti wajib dilakukan jika anda semua ke Dubai. Kami dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) selama lebih kurang satu jam meneroka Desert Safari. Bagai menaiki roller coaster! Naik turun bukit padang pasir yang curam sehingga ada antara peserta trip yang hampir muntah.

Pengalaman naik unta

Kami singgah di sebuah kem di tengah padang pasir bagi menikmati majlis makan malam Coway sambil dihiburkan dengan persembahan tarian Tanura. Pada majlis tersebut, pihak pengurusan Coway, Mr. Martin Lee Won Mo merangkap Chief Operating Officer dan Mr. Kenny Yew Kooi Kee, General Manager menyerahkan cenderamata kepada media yang mengikuti trip ini. Lebih manis, mereka yang lahir pada bulan Mac turut disambut hari jadi mereka dalam suasana yang meriah.

Di Spice Souk

Sebelum ke padang pasir, pada sebelah pagi kami telah dibawa ke Dubai Spice Souk dan Dubai Gold Souk. Memang rambang mata! Di sini, pengunjung boleh mendapatkan barangan cenderamata, tekstil, rempah ratus, dan juga barangan kemas. Peluang ini digunakan oleh peserta trip untuk membeli barangan cenderamata buat keluarga dan rakan taulan yang berada di Malaysia.

Jika mahu mendapatkan Abaya dengan harga yang sangat murah, boleh singgah di Naif Souk. Jangan lupa untuk tawar menawar. Kami juga dibawa makan tengah hari di Burj Al Arab, hotel tujuh bintang mewah dunia.

Lif terlaju di dunia

Menikmati pemandangan Dubai dari menara tinjau

Hari kelima merupakan hari terakhir kami berada di Dubai. Walaupun perasaan sedih mula menyelubungi diri tatkala mendaftar keluar dari hotel penginapan namun menyedari kami akan naik ke Burj Khalifa, masing-masing kembali bersemangat! Burj Khalifa merupakan bangunan tertinggi dunia dengan ketinggian 828 meter. Kami berpeluang menikmati keindahan Dubai dari menara tinjau di tingkat 124 dan 125.

Masa yang diambil untuk naik dari tingkat 1 hingga ke tingkat 124 hanya satu minit! Selain menikmati pemandangan bandar Dubai, anda juga boleh membeli barangan cenderamata eksklusif yang dijual di sini.

Antara replika menarik di Miracle Garden

Aktiviti terakhir kami di Dubai sebelum bergerak ke lapangan terbang ialah menyaksikan keindahan taman bunga segar terbesar dunia, Miracle garden yang terletak di Dubailand. Jika anda gemarkan bunga-bungaan, ini tempat yang wajib dikunjungi! Terdapat lebih 70 jenis bunga yang ditanam dan dijaga dengan rapi di sini. Lebih menarik pelbagai replika dibina menggunakan bunga-bungaan antaranya pesawat Airbus Emirates A380.

Bukan mudah tapi tak mustahil

Ternyata Dubai merupakan sebuah bandar mewah setanding negara barat. Berada di negara ini sesekali membuatkan kami keliru sama ada berada di negara Arab atau pun Amerika, dipenuhi dengan bangunan pencakar langit yang moden. Bukan mudah untuk melakukan semua ini namun ianya tidak mustahil.

Burj Khalifa jadi saksi kejayaan mereka

Sepanjang lima hari di Dubai, kami sempat berkenalan dengan beberapa orang peserta trip yang turut teruja dan sama sekali tidak percaya dengan pencapaian mereka sehingga berjaya menjejakkan kaki ke Dubai. Lebih membanggakan, ada antara mereka yang baru 6 bulan menyertai Coway namun sudah berjaya melayakkan diri menyertai trip kali ini.

Tambah mereka, jika dahulu pekerjaan yang dilakukan hanya ‘cukup makan’ untuk meneruskan kehidupan namun semuanya berubah setelah menyertai Coway. Beberapa kali kami cuba mengorek rahsia dengan bertanya berapa pendapatan bulanan yang mereka perolehi? Hampir semua dari mereka memberikan jawapan sama, “Alhamdulillah 5 angka bang”.

Berdasarkan prestasi semasa yang cukup memberangsangkan, tidak mustahil lah jika Coway mampu mencapai sasaran satu juta pelanggan menjelang penghujung 2018. Ya, bukan senang tapi segalanya tidak mustahil!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×