Rakyat

Pasangan Kekasih Usia 16 Tahun Buang Bayi Cukup Sifat Dalam Bakul Motosikal

52
SHARES

Seorang lelaki yang mahu turun pergi bekerja terkejut dengan penemuan seorang bayi yang diletakkan di dalam bakul motosikal miliknya di Kampung Siol Kandis, Kuching, Sarawak, pagi tadi. Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 pagi itu, bayi perempuan yang ditemukan berada dalam keadaan baik dan sempurna sifat dipercayai dilahirkan cukup bulan.

Baca juga: Ibu Maut, Bayi 3 Bulan Tercampak Keluar Dari Kenderaan Selamat

DIBUANG PASANGAN KEKASIH BERUSIA 16 TAHUN

Menerusi laporan BH Online, bayi malang itu dipercayai dibuang pasangan kekasih remaja, kedua-duanya berusia 16 tahun dari kampung yang sama.

“Remaja wanita itu dipercayai melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya sekitar jam 2 pagi sebelum menghubungi teman lelakinya memohon pertolongan.

“Mereka membersihkan dan membalut bayi dengan kain tuala sebelum meletakkanya dalam bakul motosikal seorang penduduk,” jelas sumber.

Walau bagaimanapun, kakak mangsa memberitahu, mereka sama sekali tidak mengetahui tentang keadaan adik perempuannya yang mengandung.

Difahamkan, ketika adiknya melahirkan bayi berkenaan dalam tandas, mereka sekeluarga langsung tidak  mendengar bunyi tangisan bayi. Pihak polis juga berada di lokasi bagi menyiasat kejadian dan mengesan ibu bayi berkenaan.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×