Sihat

Panduan Cara Ukur & Baca Tekanan Darah Dengan Tepat

37
SHARES

Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah penyakit yang tidak menunjukkan gejala yang jelas. Bagi individu yang mengalami masalah darah tinggi, anda disyorkan untuk menyimpakn alat pengesan tekanan darah tinggi / blood pressure monitor di rumah.

Tekanan darah bermaksud keadaan atau kekuatan darah yang ada pada salur darah serta organ jantung. Kebiasaannya, ia akan diukur melalui milimeter merkuri (mm Hg) berdasarkan dua angka utama iaitu tekanan sistolik dan diastolik.

Jadi, bagaimana cara nak ambil bacaan tekanan darah? Mari kami kongsikan.

Baca juga: Alat Perubatan Wajib Ada Di Rumah Untuk ‘Home Quarantine’

PANDUAN LENGKAP BACAAN TEKANAN DARAH

Tekanan sistolik – Mengukur tekanan pada salur darah semasa organ jantung mengepam darah keluar ke seluruh tubuh badan (angka yang berada di atas)

Tekanan diastolik – Mengukur tekanan pada salur darah di antara waktu degup jantung sementara darah kembali kepada organ jantung (angka yang berada di bawah)

Untuk menentukan bacaan darah normal atau tidak, anda perlu tahu angka yang mana adalah ideal serta angka yang perlu diberikan perhatian khusus.

Berikut adalah cara untuk membaca tekanan darah manusia yang betul bagi individu dewasa:

Bagi golongan kanak-kanak pula, ia mungkin sedikit berbeza kerana tubuh mereka masih belum mencapai kematangan sepenuhnya. Namun, terdapat juga beberapa faktor yang mempengaruhi tekanan bacaan darah kanak-kanak. Antaranya ialah:

  • Usia
  • Jantina
  • Berat badan
  • Tinggi badan

CARA MENGUKUR TEKANAN DARAH DENGAN BETUL

Ketika memasang alat ini pada bahagian tubuh badan yang dikehendaki, sila pastikan agar anda:

  • Duduk dengan tegak
  • Jangan mengangkat kaki
  • Jangan menyilang kaki
  • Tangan kekal di paras dada
  • Elak bersenam, rokok, alkohol atau kafein 30 minit sebelum mengambil bacaan

Ubahlah gaya hidup anda dengan diet dan bersenam lebih kerap dalam usaha untuk menurunkan tekanan darah anda ke tahap yang lebih ideal dan normal. Sila dapatkan rawatan segera jika bacaan tidak normal.

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×