Rakyat

Musim Umrah Baharu Bermula 30 Julai Ini, Ikut Peraturan Yang Ditetapkan

25
SHARES

Bermula pada 1 Muharram 1444 bersamaan 30 Julai 2022, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa musim baharu umrah akan bermula.

Pengeluaran visa untuk jemaah haji yang datang dari semua negara di dunia bagi menunaikan ibadah umrah dan melawat Masjid Nabawi di­terima mulai 14 Julai 2022 (15 Dzul Hijjah).

Baca juga: Larangan Jual Air Zamzam, Penjara Kurang 2 Tahun Atau Denda RM10,000

MUSIM UMRAH BAHARU BERMULA 30 JULAI INI

Untuk mengetahui syarat-syarat pengeluaran visa umrah boleh didapati dengan melayari pautan ini. Permit juga boleh dikeluarkan kepada jemaah haji domestik melalui aplikasi Eatmarna.

Perkara itu adalah selaras dengan sistem bersepadu perkhid­matan kesihatan dan langkah-langkah yang diluluskan oleh pihak berkuasa Arab Saudi untuk menjaga keselamatan dan kesihatan jemaah haji serta pelawat lain.

Bagi ejen asing yang mahu memberikan perkhidmatan kepada jemaah umrah dan pengunjung ke Masjid Nabawi boleh mengemukakan permohonan menerusi portal Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Mereka harus mematuhi peraturan dan melampirkan dokumen serta data berkaitan pendaftaran komersial, keahlian Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan beberapa data peribadi.

Ini kerana Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan bagi penyelarasan langkah kesihatan pencegahan Covid-19.

Dapatkan vaksin yang diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi dan melam­pirkan sijil imunisasi sebagai tambahan kepada pengakuan kebenaran maklumat pemohon.

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×