Sihat

Pakar Kongsi 3 Cara Untuk Legakan Hidung Bayi Yang Tersumbat, Wajib Try!

68
SHARES

Memang agak merisaukan apabila anak-anak yang masih kecil secara tiba-tiba mengalami hidung tersumbat dalam tempoh yang lama. Sudah pelbagai cara dilakukan untuk mengurangkan masalah ini namun tiada jalan penyelesaian dan menganggu masalah pernafasan si kecil.

Perkara ini menjadikan bayi meragam dan struggle nak menyusu ketika mereka selsema atau hidung tersumbat? Inilah sebabnya pakar kongsikan 3 cara untuk melegakan hidung bayi yang tersumbat.

Baca juga: Patutlah Otak Lembab, Rupa-Rupanya Dinding Berkulat Puncanya..

PAKAR KONGSI 3 CARA LEGAKAN HIDUNG BAYI YANG TERSUMBAT

Bayi ialah nasal breather. Maksudnya bayi cuma tahu bernafas melalui hidung sahaja. Bila bayi semakin besar, barulah dia belajar untuk bernafas melalui mulut juga. Sebab tu, bila bayi kecil kena jangkitan selsema dan batuk, mereka merengek teruk.

Bayangkan satu-satunya laluan pernafasan mereka dah tersumbat. Jadi, mereka merengek dan menangis sebab tak dapat bernafas dengan baik. Untuk bayi pramatang, hidung yang tersumbat tu boleh buatkan mereka jadi biru dan berhenti bernafas. 3 cara ni dapat legakan bayi yang hidungnya tersumbat:

1) Guna Normal Saline Nasal Drop

Boleh beri 1 titis nasal drop setiap 3-6 jam pada setiap satu lubang hidung bayi.

2) Guna nasal spray seperti Sterimar

Selepas spray diberi, hingus akan meleleh keluar. Lap hingus yang dah keluar dan baki yang masih ada boleh disedut keluar menggunakan baby nasal aspirator.

3) Pakai baby nasal aspirator

Nasal aspirator ada dalam pelbagai bentuk. Saya cadangkan beli dan simpan satu di rumah. Bila hidung dah tak tersumbat, barulah bayi rasa lega. Tidur pun nyenyak.

Sumber: Twitter @Dr.RedzaZainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×