Teknologi

Nikmati 4 Faedah Pada Peranti HUAWEI Baru & Muat Turun Aplikasi Dengan Cepat, Mudah & Selamat!

20
SHARES

Anda pasti suka jika dapat panduan atau tips untuk sesuatu perkara. Haa, kali ini kami nak kongsikan panduan untuk anda yang menggunakan atau ingin menggunakan peranti daripada HUAWEI.

Ada 4 perkara penting yang perlu anda take note dan ianya dijamin dapat memberikan pengalaman terbaik bila anda menggunakan mana-mana peranti HUAWEI.

Pelbagai kelebihan apabila anda menggunakan peranti HUAWEI

Selain dapat merasai pengalaman menggunakan peranti yang hebat, pengguna HUAWEI juga akan menikmati banyak faedah yang best tau. Antaranya ialah :

1. Percuma ruang penstoran

Anda akan dapat ruang penstoran bersaiz 50GB, 200GB atau sehingga 2,048GB* di HUAWEI Cloud selama sebulan. Ianya percuma untuk anda antara 1 Julai sehingga 31 Disember 2020*. Anda boleh menebus hanya dengan beberapa langkah mudah ni.

LANGKAH 1 : Pilih ‘Upgrade Storage’

LANGKAH 2 : Pilih saiz penstoran yang anda nak (50GB/200GB/2,048GB)

LANGKAH 3 : Klik ‘Buy’ > pilih ‘Next’

LANGKAH 4 : Pilih ‘Add bank card’, masukkan butiran kad bank anda

LANGKAH 5 : Klik ‘Confirm’ dan ruang penstoran HUAWEI Cloud anda dah pun ditingkatkan

2. Keahlian VIP eksklusif di platform penstriman video

Sebagai pengguna HUAWEI, anda juga dapat menikmati keahlian VIP eksklusif di TVB, Mango TV, VIU dan Dimsum. Semua ini percuma untuk 3 bulan* tau!

3. Belajar perkara baru melalui video dengan mereka yang pakar

Anda juga dapat belajar melalui 300 video pendidikan secara percuma di HUAWEI Academy. Video-video ini menampilkan 22 pakar terlatih dan berpengalaman seperti ah Goh Liu Ying, Peter Davis, Sangeeta, dan Syed Adney dalam bidang masing-masing.

Ini bertujuan untuk membantu penonton mengembangkan, mempertajam dan menguasai kemampuan anda dalam pelbagai bidang. Antaranya akademik, seni mempertahankan diri, futsal dan berbasikal.

4. Pelbagai ganjaran & hadiah eksklusif dengan HUAWEI AppGallery

HUAWEI AppGallery bukan saja mempunyai banyak aplikasi kesukaan rakyat Malaysia, tapi ia juga selamat, senang dan senang digunakan. Paling seronok, anda yang menggunakannya dapat menikmati pelbagai hadiah eksklusif.

Antara ganjaran terkini ialah cashback melalui aplikasi Penang Smart Parking. 10,000 pengguna pertama yang memuat turun aplikasi ini berhak menebus wang tunai RM5*. Cara nak tebus pun mudah saja!

LANGKAH 1 : Muat turun aplikasi Penang Smart Parking melalui Petal Search Widget

LANGKAH 2 : Kemudian, pergi ke HUAWEI AppGallery dan pilih ‘Gifts’

LANGKAH 3 : Pilih ‘Claim’ kemudian ‘Copy’ kod

LANGKAH 4 : Buka aplikasi Penang Smart Parking, pilih ‘Reload’ > ‘Redeem Voucher’

LANGKAH 5 : ‘Paste’ kod dan klik ‘OK’

Untuk maklumat lanjut tentang HUAWEI AppGallery, korang boleh klik SINI.

Kami juga ada tips menarik untuk anda!

Bagi meningkatkan lagi pengalaman dalam menggunakan peranti daripada HUAWEI, apa kata anda cuba 3 panduan ini.

Tip 1: Muat turun aplikasi kegemaran anda dengan lebih cepat, selamat & mudah

Ada cara yang lebih pantas, lebih selamat dan lebih mudah untuk memuat turun aplikasi yang anda mahukan pada peranti mudah alih HUAWEI anda. Hanya ikut 3 langkah mudah ini!

LANGKAH 1 : Buka aplikasi Petal Search

LANGKAH 2 : Cari aplikasi yang anda mahu

LANGKAH 3 : Muat turun aplikasi tersebut

Anda juga boleh mencari aplikasi yang diingini tanpa perlu membuka aplikasi Petal Search pun. Cukup sekadar anda install Petal Search Widget ke layar utama peranti, klik ‘GO’ pada aplikasi yang anda nak dan walla! Dengan satu tap, anda sudah boleh menggunakan aplikasi yang diingini.

Selain itu, anda juga boleh mengemaskini aplikasi anda dengan mudah melalui Petal Search Widget. Hanya buka Petal Search Widget, pilih ‘ME’ pada bahagian bawah kanan. Klik ‘Downloads’ dan pilih ‘Updates’ kemudian pilih aplikasi yang anda nak kemaskini. Senang kan?

Tip 2: Mengalih permainan online dengan ID Google ke peranti baru HUAWEI anda

Anda seorang gamers?  Risau jika bertukar ke peranti HUAWEI, history game anda akan hilang? Jangan khuatir, kerana anda boleh log masuk saja ke akaun game di telefon baru tanpa menjejaskan perkembangan game anda.

Apa yang anda perlu lakukan ialah sambungkan akaun Facebook atau akaun rasmi game anda ke telefon lama. Kemudian, muat naik game tersebut pada telefon baru dan log masuk menggunakan ID Facebook atau akaun rasmi game anda.

Anda boleh teruskan bermain game dengan telefon baru dari mana anda berhenti tanpa ketinggalan apa-apa pun!

Tip 3: Back up & pindahkan data daripada Whatsapp atau WeChat ke peranti baru HUAWEI

Bila tukar phone baru, benda yang paling ditakuti semestinya kehilangan pesanan pada aplikasi perbualan seperti Whatsapp atau WeChat. Tapi dengan HUAWEI, anda tak perlu risau lagi! Yang penting, anda ikut saja langkah ini dan kami jamin semua maklumat anda selamat semasa bertukar ke peranti baru HUAWEI.

LANGKAH 1 : Pada peranti lama anda, pilih ‘Setting > HUAWEI Account > Cloud’

LANGKAH 2 : Kemudian pilih ‘Cloud Backup > Backup Options > App Data’

LANGKAH 3 : Dalam App Data, berikan akses kepada WhatsApp atau WeChat

LANGKAH 4 : Pergi semula ke ‘Cloud Backup’ dan pilih ‘Backup’

LANGKAH 5 : Tunggu sehingga ‘backup’ korang selesai

LANGKAH 6 : Pada telefon pintar baru, pilih ‘Setting > HUAWEI Account > Cloud’

LANGKAH 7 : Kemudian, buka ‘Cloud Backup dan pilih ‘Restore Data’

LANGKAH 8 : Periksa rekod anda dan pilih ‘Restore Data’

LANGKAH 9 : Pilih ‘App Data’ > pilih WhatsApp/WeChat > klik OK

LANGKAH 10 : Pilih ‘Restore’ pada kotak pemberitahuan dan tunggu sehingga selesai

Jom bertukar kepada peranti HUAWEI sekarang!

Dapatkan segera peranti HUAWEI pilihan hati korang. Korang boleh dapatkan secara dalam talian di HUAWEI Store dan usha sendiri tawaran terbaru daripada HUAWEI.

Nikmati juga Best Pair 5G Device pada harga hanya RM22.73/hari *

*Tertakluk kepada terma dan syarat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×