Kini Trending

Nak Rancang Percutian Keluarga Berikutnya? Hong Kong Ada Segalanya. Yang Penting Mesra Muslim!

36
SHARES

Bagi pengembara keluarga Muslim, adalah penting untuk memilih destinasi yang mesra Muslim dan sesuai dengan adat dan amalan Islam. Tidak mudah untuk menjumpai wilayah yang sesuai untuk keluarga muslim lawati.

Namun, perkara ini sudah diambil berat oleh pelbagai wilayah dan kebanyakannya mencuba untuk menarik lagi pelancong Muslim dengan menawarkan pelbagai destinasi pelancongan yang lebih mesra muslim.

Salah satunya ialah Hong Kong, bandar berbilang budaya yang mengalu-alukan pelawat dari seluruh dunia, termasuk pengembara Muslim. 

Walaupun ia mungkin bukan wilayah majoriti Muslim, Hong Kong menawarkan pelbagai pilihan makanan halal dan kemudahan solat untuk pengembara Muslim. Berikut ialah beberapa destinasi perjalanan Hong Kong sesuai buat pelancong Muslim.

Terokai Disneyland “Castle of Wonderful Dreams” di Hong Kong

Anda nak tahu tak? Hong Kong mempunyai beberapa taman tema bertaraf dunia, termasuk Hong Kong Disneyland. Taman tema ini menawarkan pelbagai tarikan dan aktiviti yang memenuhi keperluan semua peringkat umur, pertunjukan dan pameran interaktif.

Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan pilihan tempat makanan mesra keluarga, kedai cenderamata dan kawasan rehat.

Di sana anda boleh saksikan Castle of Wonderful Dreams baharu yang memberi penghormatan kepada setiap heroine Disney ini yang diinspirasi daripada kisah tiga belas Puteri dan Ratu Disney.

Pertunjukan Momentous memberi pengalaman baru yang menakjubkan

Bersama-sama dengan istana baharu, Hong Kong Disneyland turut melancarkan “Momentous” pengalaman malam baru yang menakjubkan. Dengan penggunaan teknologi pemetaan projek berskala besar, Castle of Magical Dreams memberi pertunjukan cahaya yang mengubah ciri-cirinya menjadi lukisan.

Berpuluh-puluh watak digemari daripada cerita Disney Animation dan Pixar!

Mari temui berpuluh-puluh watak yang digemari daripada cerita Disney Animation dan Pixar termasuk Dumbo, The Lion King, Peter Pan, Frozen, Zootopia, Coco, Up, Tangled dan banyak lagi!

Fakta menarik bagi yang tidak tahu, Hong Kong Disneyland adalah satu-satunya di dunia yang menyajikan makanan yang disahkan halal menjadikannya lebih sesuai buat pelancong muslim!

Club Restaurant yang menyajikan pelbagai masakan seperti makanan Korea, Jepun dan juga Indonesia, adalah tempat yang sesuai untuk mengisi perut. Contohnya, di kedua-dua restoran Tahitian Terrace dan Explorer.

Bukan itu sahaja, semasa melawat Hong Kong Disneyland, anda tidak perlu risau dengan mencari kawasan yang sesuai untuk solat. Kerana taman ini mempunyai kawasan solat khas, terutamanya untuk pelancong Muslim, dan ia terletak berhampiran Restoran Club Explorer.

Harap maklum bahawa sejadah dan pakaian tidak akan disediakan, jadi bawa anda punya sendiri!

LEGOLAND Discovery Centre Hong Kong khusus untuk anak-anak anda meneroka dan bermain sambil belajar tentang Hong Kong

LEGOLAND Discovery Centre Hong Kong ialah taman permainan indoor yang terbaik buat kanak-kanak. Tarikan baharu ini menampilkan 10 rangkaian kawasan permainan yang bertemakan dunia LEGO.

Antara yang menarik di dunia LEGO ialah Kingdom Quest, MINILAND, Rakan LEGO, Bilik Darjah Master Builder, Ladang DUPLO, Kafe, Basikal Ajaib, Bina & Uji, Studio 4D serta kedai LEGO.

Yang memberi ciri tarikan utamanya pula ialah MINILAND Hong Kong. Ia merupakan replika bangunan mini LEGO dan mercu tanda Hong Kong yang paling digemari. 

Kalau anda ingin tahu, ia dibina lebih daripada 1.5 juta bata LEGO yang melibatkan 46 Pembina LEGO, 9 Pereka LEGO, 4 Juruteknik dan dibina selama 7150 jam.

Bukan itu sahaja, MINILAND Hong Kong juga menampilkan mercu tanda tempatan yang ikonik dengan pemandangan jalan yang berbentuk mini.

Ini termasuk dengan beberapa tempat pelancongan yang paling banyak dikunjungi di bandar seperti Star Ferry Central Pier, Peak Tram, Bekas Menara Jam Kereta Api Kowloon-Canton, Tai O, Temple Street serta ikon warisan budaya Hong Kong seperti Blue House di Wan House Chai dan Mei Ho. 

Untuk lebih banyak info boleh klik disini!

Keseronokan cuti-cuti Hong Kong seisi keluarga berterusan lagi. Mari lihat apa lagi yang menarik!

Terdapat banyak lagi tarikan untuk seisi keluarga di Hong Kong selain Disneyland dan LEGOLAND Discovery Centre. Antaranya termasuklah:

1. Children’s Discovery Museum

 

Hong Kong Children’s Discovery Museum (“HKCDM”) menggalakkan kanak-kanak meneroka, mencipta dan mengekspresikan diri mereka melalui permainan. 

Pameran ini direka khas untuk kanak-kanak berumur sepuluh tahun ke bawah untuk menyesuaikan dengan setiap peringkat perkembangan dan fizikal mereka yang berbeza.

2. Monopoly Dreams

MONOPOLY DREAMS ™ ialah tarikan bertemakan MONOPOLI pertama di dunia, serta tarikan pelancong yang serba baharu di Hong Kong. 

Ia terletak di tempat pelancongan paling popular iaitu The Peak, yang merupakan hak milik paling mahal dan “harta raja” tertinggi dalam MONOPOLI Edisi Hong Kong. 

Hiasan yang memukau dengan pemandangan terbuka di restoran JAJA. Anak-anak pasti terpesona!

Terletak tepat di dalam hab kreatif Pusat Seni Hong Kong yang baharu, JaJa ialah restoran yang menyeronokkan dan berwarna-warni. Ia memberi pengalaman yang akan mengisi perut dan akaun Instagram anda. Sesuai untuk bergambar bersama keluarga!

Disebut sebagai “haha”, restoran Eropah fusion baru ini mengkhususkan dalam masakan vegetarian yang inovatif dengan hiasan menarik bersama pemandangan pelabuhan yang panaromik di Victoria Harbour.

Buat pencinta seni, anda boleh melihat seni yang menyeronokkan dan interaktif ditampilkan oleh artis tempatan di restoran Jaja.

Antara makanan yang mesti dicuba ialah Soup-er Wontons, Piza Kari Merah 1 Meter yang lazat dan  milkshake Shake it Off, yang berwarna warni dengan tambahan hidangan vegetarian yang menyelerakan dan fotogenik.

The Peak – Melihat juara badminton Malaysia, Lee Chong Wei dalam lifesize

Nikmati pemandangan atas langit Hong Kong yang menakjubkan dari The Peak! Anda tidak mahu ketinggalan menyaksikan pemandangan dari atas platform tertinggi Hong Kong, yang terletak 428 meter dari aras laut.

Tips min boleh kongsikan jika tidak mahu bersesak. Anda boleh cuba datang apabila ia betul-betul baru sahaja dibuka!

Tapi anda perlu tahu, perjalanan ke atas mungkin memakan sedikit masa. Tapi jangan risau, berbaloi menunggu sebab pemandangannya sama-sama menakjubkan, tak kira sama ada anda pergi pada waktu malam atau siang.

Sebelum menuju ke atas anda boleh semak cuaca terlebih dahulu kerana ia mungkin agak berkabus dan kemungkinan anda tidak dapat pemandangan yang terbaik.

Temui artis kegemaran anda di Madame Tussauds! 

Sebelum anda ke Sky Terrace 428, singgah ke Madam Tussauds dan temui selebriti kegemaran anda! Terdapat lebih daripada 100 patung lilin ikon tempatan dan antarabangsa dengan kini telah ditambah lebih ramai lagi selebriti popular Asia masa kini seperti  Jackson Wang, Pia Wurtzbach, dan Lee Chong Wei!

Seronokkan? Boleh bergambar bersama ahli keluarga di sana untuk kenang-kenangan!

Imperial Patisserie – Hadiah untuk saudara mara, rakan dan rakan sekerja

Di Hong Kong, Imperial Patisserie mengkhususkan kepada pastri Cina halal yang sesuai untuk dibuat hidangan manis dan cenderahati. Apa yang membezakan mereka dengan kedai roti lain adalah dedikasi mereka untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi.

Pastri yang memberi perhatian kepada warisan Hong Kong ini boleh didapati di seluruh Hong Kong, termasuk Tsim Sha Tsui, Wan Chai dan Causeway Bay.

Anda tidak perlu risau kerana Imperial Patisserie menawarkan pelbagai barangan pastri yang disahkan halal oleh The Incorporated Trustees of the Community Fund Islam di Hong Kong, termasuk Egg rolls, Michelin Palmiers dan Crispy Cookies.

Mereka menerima pensijilan halal pada tahun 2020 dan menghabiskan banyak masa untuk menyelidik sumber komponen untuk menjamin bahawa ia diiktiraf halal.

Bandar Hong Kong memiliki masjid besar khusus buat Muslim

Buat yang ingin menunaikan solat dengan selesa bersama keluarga, anda boleh temui beberapa masjid di seluruh Hong Kong yang mencerminkan penduduk bandar itu yang berbeza-beza.

Tambahan pula, terdapat banyak perkara anda boleh pelajari dan nikmati tentang masjid-masjid di Hong Kong, terutamanya tentang seni bina yang menakjubkan.

Tujuan pembinaan masjid ini bagi memberi tempat beribadah yang selesa kepada penduduk Islam yang semakin meningkat di Hong Kong. Berjumlah lebih 220,000 orang, termasuk 30,000 Cina Muslim. 

Bandar ini mempunyai lima masjid, yang terbesar ialah Masjid Kowloon dan Islamic Centre yang mempunyai kapasiti 3,500 orang, manakala yang tertua adalah masjid Jamia yang baru sahaja diubah suai.

Peluang memperolehi baucar shopping bernilai 100 HKD!

Hong Kong dikenali sebagai syurga pembeli, dengan pelbagai pilihan membeli-belah untuk memenuhi semua citarasa dan bajet anda. Daripada butik mewah hingga ke pasar jalanan, jangan risau ada sesuatu untuk semua orang!

Kanak-kanak akan suka menerokai kedai mainan dan kedai cenderamata, manakala ibu bapa boleh membeli-belah untuk label berjenama dan elektronik mewah.

Jadi anda boleh dapatkan baucar Hong Kong Goodies khas untuk pelancong sahaja. Anda boleh dapatkan baucar untuk restoran, kedai atau aktiviti, serta hadiah eksklusif dari destinasi atau muzium kegemaran anda bernilai 100 HKD.

Secara keseluruhannya, pengembara Islam boleh menikmati lawatan mereka ke Hong Kong dengan mudah dan selesa, kerana mengetahui bahawa mereka mempunyai akses kepada makanan halal dan kemudahan solat di bandar itu. Mari melancong ke Hong Kong sekarang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×