Famili

“Nak Macam Dalam Rahim”- Ini Cara Tidurkan Bayi Usia 0 Hingga 3 Bulan Dengan Nyenyak

6.9K
SHARES

3 bulan pertama selepas melahirkan anak merupakan fasa yang ibu bapa terpaksa ‘adapt’ untuk tak tidur malam kerana waktu tidur anak yang tak tentu. Ia kerana, bayi masih merasa mereka masih di dalam rahim walaupun mereka telah dilahirkan dan mereka mempunyai hidup yang berbeza dari bayi yang lebih berusia. Jadi, mereka memerlukan cara yang berbeza untuk tidur dengan lena dan konsultan ini telah kongsi cara untuk bantu anak tidur dengan lena supaya anak dapat membesar dengan baik.

CARA BANTU BAYI 0-3 BULAN TIDUR LENA

Konsep hidup, tangisan & tidur bayi ‘infant’ (0-3 bulan) ISTIMEWA . Ia di gelar fasa TRIMESTER KE 4. Ya, bayi masih merasa bagai dalam rahim. Perkembangan mental & saraf bayi sahkan hal ini.

Maksudnya bayi belum mampu memproses, tak faham dan tak biasa dengan cara dunia ini berfungsi. Mereka belum boleh ‘move on’ dari mengingati cara rahim menenangkan & menidurkan mereka.

Tentulah tidur di pelukan, di dada dan di atas ibu/ayah adalah cara TERBAIK buat bayi lena kerana bayi merasa nyaman dan selamat. Namun, kerana ibubapa kandung bayi adalah manusia biasa yang ada hadnya, maka sampai masa, ibubapa perlu berlepas diri dari terus memegang bayi untuk uruskan tuntutan hidup yang lain.

TIRU RAHIM

Maka, cara alternatif terbaik untuk tenangkan dan tidurkan bayi tentulah yang bagai meniru rahim.

1.Bedung :meniru dinding rahim yang telah membalut bayi 24/7 sepanjang 9 bulan.

2.Bunyian menenangkan (white noise): meniru bunyi rahim yang kuat dan tak pernah berhenti. Bunyi ‘natural’ seperti bunyi air sungai, ombak dan hujan paling di gemari ramai bayi.

Kedua elemen ini WAJIB di berikan sepanjang bayi tidur.

4 GANGGUAN UTAMA TIDUR BAYI

1.20% bayi masih perlukan elemen tambahan ke 3 iaitu elemen hayunan. Ibubapa perlu bereskperimen untuk kenalpasti jika bayi perlu dua elemen (bedung + white noise) ATAU 3 elemen (bedung + white noise +hayunan).

2.Alat tidur sahaja TIDAK AKAN MENJAMIN TIDUR YANG LENA. Ada 4 gangguan utama tidur bayi yang mampu rosakkan lena bayi walau bayi di tidurkan dengan alat bantu tidur yang betul:

Bayi ‘overtired’ akibat jumlah jam tidur dalam 24 jam mengikut usia yang tak mencukupi. Juga akibat bayi berjaga terlalu lama kerana ibu tak jaga masa berjaga antara tidur yang sesuai ikut usia. Bayi overtired ada lebih hormon stress berbanding hormon tidur. Ini punca mereka gagal lena.

Bayi bergantung pada tabiat tidur tertentu. Misalnya ibu susukan terlalu lama hingga bayi lena di dada atau ibu dodoi terlalu lama hingga bayi lena di lengan ibu. Maka dada ibu dan lengan ibu sudah jadi alat tidur yang bayi ingat. Tak hairan, bayi terjaga dan panik bila mendapati dia tak lagi di dada atau di lengan ibu!. Membedung + pasang white noise SETELAH bayi lena adalah silap besar.

Bayi lapar

Bayi sedang alami growth spurt atau perkembangan mental yang ganggu emosi dan cara otaknya memproses input sekeliling.

Ibubapa boleh belajar dan mendapatkan kesemua info tambahan tentang:

-Cara bereksperimen samada bayi anda perlu dua elemen (bedung + white noise) ATAU 3 elemen (bedung + white noise +hayunan)

-Jumlah jam tidur sesuai ikut usia

-Tempoh masa berjaga sesuai usia

-Kitaran tidur bayi, ciri & fungsinya

-Persoalan, cara guna dan cara cerai bedung , white noise, buaian dan puting.

 

Sumber: Uswatun Hasanah Mohd Habib

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×