Famili

COVID-19: Mydin & Jaya Grocer Dibuka Khas Untuk Warga Emas & OKU

465
SHARES

Di kala rakyat Malaysia dilanda panic buying, semua orang sibuk bergegas ke pasar raya dan memborong barangan harian.

Perlu diingat warga emas, OKU adalah antara golongan yang mungkin tidak dapat turut serta atas kekangan masing-masing.

Disebabkan hal ini, MYDIN telah memulakan inisiatif istimewa untuk pelanggan warga emas dan orang kelainan upaya, di mana pasar raya tersebut akan memulakan operasi 30 minit lebih awal dari biasa untuk memudahkan mereka mendapatkan barangan keperluan dengan lebih selesa.

Menarik bukan?

Berikut adalah senarai MYDIN yang terlibat dengan inisiatif ini.

Jaya Grocer

Selain Mydin, Jaya Grocer juga mengikut langkah yang sama dengan memperkenalkan waktu operasi yang lebih awal khusus buat warga emas dan golongan yang memerlukan.

Diharapkan dengan inisiatif ini, ia dapat memberi peluang kepada golongan tua dan OKU untuk sama-sama memenuhi keperluan harian.

Sebagai orang awam, kita juga patut berikan kerjasama dan membantu memastikan mereka juga mendapat keperluan secukupnya.

Jangan selfish ok!

Most Popular

To Top
×