Didik

‘Mulakan Dengan Penekanan Akhlak..’- Ini Tahap Pendidikan Di Jepun Yang Selalu Jadi Inspirasi

113
SHARES

Bila sebut sahaja negara matahari terbit, Jepun pasti kita sudah terbayang segala kecanggihan teknologi yang sering diperkatakan mengenai negara ini. Menjadi bualan ramai semasa negara Jepun berada di perlawanan bola dunia World Cup Qatar 2022 kerana menjaga kebersihan, kesopanan dan tauladan, masyarakat negara ini juga menjadi inspirasi ramai dari aspek pendidikan.

Sistem pendidikan di Jepun mendapat perhatian ramai khususnya apabila kita melihat video kanak-kanak bersekolah di Jepun yang sangat tertib dan guru-guru juga sangat menitikberatkan segala aspek dalam kehidupan. Berikut merupakan beberapa tahap pendidikan di Jepun yang dikongsikan supaya dapat menjadi inspirasi untuk sistem pendidikan negara juga.

Baca juga: #WorldCup2022: Penyokong Jepun Dipuji, Kutip Sampah Orang Lain Dalam Stadium Sampai Bersih!

TAHAP PENDIDIKAN DI JEPUN YANG BOLEH DIJADIKAN INSPIRASI

1. Masa Tadika (Yōchien)

Mak bapa hantar lagi, tapi aktiviti dia main dan moral. Belajar cuci tandas, gosok gigi, susun selipar. Jalan dalam kereta tolak. Lintas jalan angkat tangan/bendera kuning.

2. Shōgakkō (6 hingga 12 tahun)

Masa ni baju ikut suka hati. Tiada lagi baju uniform. Tapi kerja sekolah dah mula banyak. Main pun banyak. Sekolah biasanya walking distance, cikgu akan tunggu dekat simpang dan greet anak-anak.

3. Chūgakkō (12-15 tahun)

Waktu ni dah ada baju uniform. Ni kira dah shonen la ni. Sekolah pagi, petang tu ada aktiviti kokurikulum. Dan ya, loceng sekolah bunyi memang sama macam dalam cerita jepun.

4.Kōkō (15-18 tahun)

Ada sekolah biasa, ada sekolah private. Sekolah private biasa ada link dengan Uni. Baju putih biasa masa summer, masa winter pakai baju hitam.

5.Daigaku (Uni, 19tahun) atau Senmongakko (Sekolah Vokasional)

Jepun umur legal minum arak adalah 20 tahun, jadi 1st year Uni (19 tahun) takkan minum arak walaupun ada majlis meraikan diorang. Diorang lebih kepada menikmati setiap usia tu dan explore life di Uni. Ada enjoy bukatsu.

Jujurnya, jepun antara terbaik la kalau nak enjoy hidup di dunia. Tapi tulah, hidup bukan hanya matlamat dunia. Cabaran muslim kat sana banyak.

Apa Malaysia boleh belajar dari Jepun dari segi pendidikan?

1. Penekanan moral di awal pendidikan, bukan akademik.

2.Jarak sekolah yang walking distance dan keselamatan. Negara akan jimat masa, tenaga dan petrol yang banyak kalau sekolah walking distance.

3. Bebanan kerjaya guru. Cikgu kat sana enjoy kot. Mungkin kena kaji gaji guru tadika, gaji para guru mencukupi tak. Supaya cikgu tak fikir dah side income job dan fokus mendidik anak bangsa.

japanista.medium.com

*Apa yang penting adalah untuk mencontohi perkara yang positif dari sistem pendidikan luar negara supaya generasi akan datang dapat menikmati pendidikan yang lebih berkualiti.

Feature image: Nippon.com

Sumber: Twitter @Fitri,Ph.D in Fish Genetics

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×