Dapur

Mudahnya Buat Swedish Meatball Ala-Ala IKEA Untuk Bekalan Anak Ke Sekolah!

558
SHARES

“Asyik-asyik nasi goreng, nugget, nasi lemak. Adik pun bosan juga selalu makan makanan sama je ibu…”

“Hmm, nanti ibu fikir apa lagi yang sesuai adik bawa bekal pergi sekolah ok?”

RESIPI SWEDISH MEATBALL UNTUK BEKALAN ANAK KE SEKOLAH

Bekalan anak ke sekolah hari ini, Swedish meatballs, mashed potatoes dan sayur kukus. Saya diajar cara membuat meatballs ini oleh kawan saya, orang Sweden sewaktu kami tinggal di Warsaw. Ada saya derhakakan sedikit resepi ini untuk mengikut selera anak saya. Resepi dan step by step ada pada gambar. Siapa yang jauh dari IKEA, boleh cuba ya?

1. LANGKAH 1

Mula-mula kita rebus kentang untuk buat mashed potatoes. Rebus hingga lembut, toskan kentang. Panaskan sedikit susu dan butter atas api hingga mendidih, masukkan kentang yang masih panas ke dalam susu dan butter. Lenyekkan hingga halus. Letak garam dan lada hitam.

2. LANGKAH 2

Sementara kentang direbus, siapkan bahan-bahan meatballs:

-350 gm daging cincang (ayam tak sesuai),
-Bawang Holland 1 (dadu)
-Sedikit butter
-Sebiji Telur (pecahkan, kacau, kita perlu separuh sahaja)
-1/2 cawan serbuk roti
-1/2 cawan susu segar
-Garam
-Lada hitam

3. LANGKAH 3

Mula-mula saya kisar roti (biasanya saya gunakan roti terbiar yang sudah kering). Saya pernah guna roti gardenia putih, wholemeal, dinner rolls, asalkan roti tanpa topping atau filling. Kalau roti baru, toast biar dia kering sebelum dikisar.

4. LANGKAH 4

Tumis bawang dengan sedikit butter. Cukup hingga bawang lutsinar. Jangan sampai kuning. Ketepikan. (Menurut resepi kawan saya, bawang disagat halus dan dimasukkan ke dalam daging terus tanpa di tumis.

5. LANGKAH 5

Siapkan pes roti: campurkan serbuk roti, 1/2 telur dan 1/2 cawan susu. Gaulkan dan ketepikan sebentar.

6. LANGKAH 6

Campurkan daging dengan bawang yang di tumis tadi. Masukkan 1/2 sudu teh garam, lada sulah dan serbuk lada hitam (segar). Kalau mahu letak secubit serbuk buah pala pun boleh.

7. LANGKAH 7

Masukkan pes roti. Gaulkan elok-elok.

8. LANGKAH 8

Gunakan tangan yang basah. Bulat-bukakan.

9. LANGKAH 9

Panaskan sedikit butter dengan sedikit minyak sayur. Gunakan api perlahan, gorengkan meatballs tadi.

10. LANGKAH 10

Saya gunakan sudu untuk membalikkan meatballs. Masak dan golek-golekkan supaya meatballs perang sekata, dan cukuplah sekadar daging masak di dalam. Kalau terlalu lama, meatballs akan terlalu kering, macam makan cardboard.

11. LANGKAH 11

Masukkan susu, kacau. Bila pekat, tambahkan stok ayam/tulang lembu. Pekat kan sedikit. Tambah garam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam.

12. LANGKAH 12

Sewaktu anak saya kecil, saya buat sekilo daging. Ada yang saya goreng untuk dimakan. Kebanyakkannya saya goreng agak-agak masak, freezekan. Bila perlu, saya defrost dan panaskan dalam oven.

Sedap ni!

Sumber: Ida Alina Salleh via Masak Apa Hari Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×