Hebahan

“Perhimpunan Sekolah Yang Panjang & Membosankan Perlu Ditukar”- Dr Maszlee Malik

1K
SHARES
perhimpunan sekolah

Baru-baru ini Dr. Maszlee Malik, Menteri Pelajaran Malaysia telah membuat pengumuman bahawa perlaksanaan perhimpunan sekolah yang lama dan membosankan perlu ditukar dengan sistem yang lebih ‘fresh’. Sistem perhimpunan sekolah yang sedia ada adalah sudah tidak sesuai kerana mengambil masa yang terlampau lama dan hanya berlaku ‘one way activity’ dalam kalangan pelajar.

MODUL BAHARU YANG LEBIH FRESH!

Satu model baharu yang telah dicetuskan oleh sekumpulan pensyarah dan pelajar yang diberi nama 10 Minute Assembly Module (M10MP) ini akan digunapakai dalam sistem pembelajaran pelajar di perhimpunan sekolah yang pastinya dapat menyampaikan kandungan yang lebih interaktif.

“Perhimpunan sekolah yang memakan masa yang lama dan hanya satu hala perlu ditukar” kata Dr Maszlee Malik ketika berucap di 60th Anniversary of Special Education di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas Campus semalam.

“Modul ini memperkasakan lagi komponen Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT).

“Ucapan berjela-jela, leteran panjang dan aktiviti perhimpunan bersifat sehala perlu diubah serta-merta kerana ia membosankan pelajar,” katanya.

Sumber : ipgkik

Apa yang menariknya, variasi subjek seperti Sains, Muzik dan Sastera antara yang akan menjadi input dalam modul baharu yang diperkenalkan. Walaupun tidak wajib untuk dilaksanakan, namun Dr. Maszlee berharap setiap sekolah akan melakukan pembaharuan dalam memberikan ilmu yang lebih fresh dan interaktif kepada para pelajar seiring dengan perkembangan masa.

Sumber : The Star, Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×