Hebahan

Media Prima Raih 5 Anugerah Media Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara!

2
SHARES

Media Prima Berhad telah menerima lima anugerah di malam apresiasi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) baru-baru ini.

Baca juga: Cara Tukar Nama Bil Elektrik Kepada Nama Penyewa Secara Online, Elak Tuan Rumah Rugi!

MEDIA PRIMA RAIH 5 ANUGERAH

Anugerah Media Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara -anugerah yang diterima adalah sebagai penghargaan kementerian tersebut kepada pengamal-pengamal media yang sentiasa memberi sokongan kepada mereka.

Anugerah Media JKKN 2021 ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Media Prima Berhad telah menerima dua kategori anugerah iaitu menerusi Kategori Media Elektronik Terbaik 2021 dan Kategori Media Cetak Terbaik 2021.

Kategori Media Elektronik Terbaik 2021 telah diberikan kepada program bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Borak Kopitiam (BK) dan program hiburan sensasi Melodi yang telah diwakili oleh Mohd Rose Abdullah. Sementara Kategori Media Cetak Terbaik 2021 diberikan kepada Pengarang Rencana Harian Metro iaitu Hartini Mat Nawi dan wartawan Berita Harian, Zubir Mohd Yunus. Masing-masing telah membawa pulang Plak dan Sijil Penghargaan dari JKKN.

Tahniah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×