Hebahan

Media Prima Lancar Tabung Kemanusiaan, Bantu Golongan Terkesan Akibat COVID-19

42
SHARES

Di saat negara kita sedang mengharungi situasi getir melawan wabak COVID-19, Media Prima Berhad menerusi satu kenyataan hari ini merayu sumbangan segera daripada orang ramai bagi membantu usaha melawan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

LANCAR KEMPEN PENGUMPULAN DANA BANTUAN KEMANUSIAAN COVID-19

Media Prima telah melancarkan kempen pengumpulan dana untuk Bantuan Kemanusiaan COVID-19, melalui Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP (Media Prima-NSTP Humanitarian Fund), bagi membantu Kerajaan terutamanya dalam merawat pesakit-pesakit COVID-19 dan membantu mereka yang terkesan akibat virus ini.

Setiap sumbangan – besar atau kecil – amat bermakna. Semua sumbangan yang diterima akan disalurkan untuk tujuan pembelian kelengkapan perubatan yang kritikal dan keperluan lain bagi membantu usaha pemulihan pesakit-pesakit yang dijangkiti wabak ini.

Menurut Datuk (Dr) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan, Media Prima, sebagai kumpulan media bersepadu yang terbesar di Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab untuk bukan sahaja membantu mewujudkan kesedaran dan menyampaikan berita terkini yang tepat pada masanya, malahan menyampaikan bantuan kemanusiaan. Beliau menambah, Media Prima akan menggunakan platform-platform media bagi mencapai demografi sosial yang luas serta merayu untuk bantuan ini dan tidak akan berhenti sehingga virus ini dapat dibendung.

MENYALURKAN KEPERLUAN SEGERA DAN KRITIKAL

Beliau turut berkata bahawa Media Prima akan bekerjasama dengan pihak-pihak berkenaan bagi menyalurkan sumbangan tersebut dan telahpun menghubungi hospital-hospital bagi menentukan keperluan segera dan kritikal diperlukan mereka. Orang ramai boleh menyumbang ke tabung ini melalui cek, perbankan dalam talian atau deposit kepada Media Prima-NSTP Humanitarian Fund (MAYBANK: 5141-0532-3170). Para penderma boleh emel slip transaksi bank dan menyatakan COVID-19 kepada [email protected] untuk pengeluaran resit.

Semua cek boleh dibayar (payable) kepada Media Prima-NSTP Humanitarian Fund dengan menulis ‘COVID-19’ di belakang cek tersebut. Sila alamatkan cek tersebut kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 3, Anjung Liku, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP terus wujud kerana kemurahan hati para penderma yang berkongsi visi betapa pentingnya untuk menjadi individu yang bertanggungjawab dalam masyarakat hari ini. Sejak dilancarkan pada tahun 1991, Tabung ini telah menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan perubatan, bencana dan ekonomi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×