Asuh

Patutlah Bayi ‘Excited’ Sangat Bila Jumpa Cermin. Rupanya Banyak Benda Dia Tengah Belajar

303
SHARES

“Aisyah memang suka betul tengok cermin, siap boleh gelak sorang-sorang. Apalah agaknya yang seronok sangat tu…”

Budak-budak kecil memang suka bermain di hadapan cermin, lebih-lebih lagi cermin besar yang boleh menampakkan seluruh tubuh mereka. Dalam sesetengah permainan seperti rattle atau buku kanak-kanak pun, kadangkala ada diselitkan plastik seperti cermin yang selamat untuk dipegang oleh bayi.

Tapi, pernahkah anda terfikir kenapa bayi suka sangat melihat cermin walaupun mereka mungkin masih belum mengenal refleksi diri masing-masing?

Kenapa Bayi Suka Bermain Dengan Cermin

Menurut pengkaji, bayi sangat suka bermain dengan cermin kerana mereka memang mudah tertarik pada wajah manusia. Sejak lahir lagi, bayi selalunya meluangkan masa melihat wajah-wajah ibu, ayah dan ahli-ahli keluarga yang lain.

Namun, bayi yang berusia 18 bulan ke bawah biasanya masih belum mengenal diri mereka di dalam cermin. Bila mereka dah faham nanti, si kecil tentu akan berasa lebih teruja kerana makin banyak yang akan mereka terokai!

Foto Kredit: istockphoto.com

5 Manfaat Bermain Dengan Cermin Untuk Si Kecil

1. Membantu Bayi Fokus

Mungkin ramai kurang sedar bahawa penglihatan bayi pada awalnya bukanlah seperti kita sekarang. Sebaliknya, ia bermula dengan kabur serta monotone  dan sedikit demi sedikit akan menjadi lebih fokus dan berwarna-warni.

Dengan bermain cermin, ibu ayah dapat membantu bayi mengkoordinasikan pandangan mereka dengan lebih tepat ke arah sesebuah objek, mengikut pergerakan dan membezakan satu objek dengan yang lain.

Foto Kredit: todaysparent.com

2. Mengenal Konsep Self Awareness

Salah satu milestone dalam perkembangan bayi adalah mengenal diri mereka sendiri dan membezakan refleksi dalam cermin dengan objek sebenar.

Kebolehan ini dikenali sebagai self awareness dan ia dapat meningkatkan lagi kemahiran kognitif serta merangsang minda mereka.

3. Menggalakkan Interaksi

Selalunya apa yang ibu dan ayah buat masa bermain di hadapan cermin dengan bayi? Tentu anda akan menyanyi, membuat wajah lucu dan pelbagai lagi mimik muka kan?

Pelbagai ekspresi yang dilihat oleh bayi ini dapat menjadi batu loncatan untuk menggalakkan mereka berinteraksi. Ia juga akan membuat bayi teruja untuk meneroka wajah serta anggota tubuh masing-masing.

4. Meningkatkan Kemahiran Motor & Kebolehan  Membaca

Menurut sebuah kajian psikologi, mirror play juga didapati dapat membantu bayi lebih aktif meneroka di samping menajamkan lagi kemahiran motor mereka serta turut membantu dalam kebolehan membaca.

Wah, tak sangka!

Foto Kredit: amazon.eu

5. Meluaskan Penerokaan

Dengan bermain di hadapan cermin juga, bayi dapat melihat anggota tubuh yang tidak dapat mereka lihat pada diri sendiri seperti kepala, rambut, hidung, dan mata.

Cuba ibu-ibu nyanyikan lagu ‘head, shoulder, knees and toes’ dan ajarkan mereka menunjukkan pada anggota tubuh tersebut. Pasti mereka akan rasa teruja dan dapat belajar banyak perkara.

Foto Kredit: de.dreamstime.com

Bermain Sambil Bonding Dengan Keluarga

Gelak tawa, gurauan, serta gaya si kecil yang lucu tentunya membuat kita cukup leka memerhatikan si kecil. Menariknya, semua proses ini sebenarnya membina pelbagai kemahiran serta merangsang perkembangan otak mereka.

Walau apa pun yang dipelajari oleh bayi, yang paling penting adalah bagaimana anda dapat meluangkan masa berkualiti bersama bayi. Mereka enjoy, kita pun gembira!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×