Famili

Malang Tak Berbau, Lelangit Mulut Anak Terkoyak Gara-Gara ‘Whistle Birthday’

58
SHARES

Anak kecil tak lekang dengan bermain dengan mainan dan ibu bapa mesti akan meneliti dan memilih setiap permainan sebelum membenarkan anak bermain. Walaupun begitu, ibu ini memberi peringatan kepada ibu bapa di luar sana untuk tidak leka untuk pantau anak walaupun mainan itu dianggap tidak membahayakan.

PENGAJARAN SUPAYA IBU BAPA TAK LEKA

Bismillahirrahmanirrahim. Untuk pengajaran buat saya dan ibu bapa di luar sana supaya tidak leka. Apa pun yang anak-anak kita pegang main kena lihat boleh terjadi tercucuk di mata, hidung atau seperti sekarang yang terjadi pada anak sendiri, apa-apa tujuan saya up date cerita ini hanya untuk di jadi kan sekadar peringatan, pengajaran dan pengalaman agar lebih berhati-hati untuk masa depan anak. Saya tak pandai nak bercerita panjang, saya cuba ringkaskan ceritanya.

MAIN BIRTHDAY WHISTLE, LALU JATUH TERSEMBAM

Anak saya Nur Alisha Safiya Binti Mohd Khairul Anuar umur 2 tahun main benda yang tiup-tiup birthday parti tu. Dia tengah letak kat mulut sambil tiup-tiup terjatuh tersembam, tergodok termasuk dalam mulut koyak, berlaku depan mata saya sendiri. Darah banyak tak berhenti. Saya dah gigil tengok darah banyak tak berhenti. Suara dia tak ada nangis sampi muka biru. Basuh kan muka dia. Bagi dia minum air sejuk….

LELANGIT MULUT KOYAK BESAR

Bila dah berhenti darah tengok koyak besar…bergegas ke hospital terus doktor buat surat ke pakar…sebab di bahagian dalam mulut tipis..Doktar terus hantar ke pakar..tanya untuk buat jahitan.. Saya yang salah…Tapi jadi peringatan dan pengajaran untuk ibu bapa di luar sana.. Maaf bukan untuk meminta simpati atau buka aib sendiri.. Kita ingat untuk happy-happy anak main.. Walaupun hanya straw je.. Pun boleh jadi macam ini, dan sebelum saya mengakhiri ringkas cerita saya mintak doa kan untuk anak saya yang baik-baik. cepat sembuh .. terima kasih semua..

*Semoga ambil iktibar semua 🙂

Sumber: Nur Hidayah Baharom

Most Popular

To Top