Famili

Mak Ayah Wajib Beri 7 Pesanan ‘Maut’ Ini Kepada Anak-Anak Sebelum Pergi Beraya

79
SHARES

“Mama, kenapa tak dapat duit raya pun, tak nak pergi rumah makcik tu dah..”

Alamak, tuan rumah beraya dengar pula percakapan anak, mana si ibu bapa nak letak muka pula kan? Berhari raya bersama anak-anak mungkin merupakan perkara yang agak merisaukan bagi ibu bapa. Mana tidaknya, jika tidak dikawal ragam anak-anak mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan kepada tuan rumah. Jadi, sempena sambutan Hari Raya kali ini, agak molek untuk ibu bapa beri pesanan ‘maut’ untuk anak-anak dahulu sebelum keluar beraya nanti.

Mak Ayah Wajib Pesan Pada Anak 7 Nasihat Ni Masa Pergi Beraya Nanti

1- Jangan minta duit raya

Nak ziarah rumah boleh. Nak tawaf satu kampung pun boleh tapi bila masuk rumah orang, jangan sekali kali minta duit raya.

Kita tak tahu keadaan ekonomi tuan rumah. Jadi, makan dan minum je kuih muih yang tuan rumah hidangkan tapi ajar anak kita untuk tak meminta minta duit raya

2 – Jangan buka sampul duit raya di depan tuan rumah

Membuka sampul duit raya di depan tuan rumah dan menyebut jumlah duit adalah perbuatan yang memalukan dan tak beradab pada tuan rumah

Ada orang mampu je nak bagi RM50 tapi ada orang, nak bagi 50 sen pun mereka terpaksa menyimpan sepanjang tahun.

3 – Jangan intai rumah orang

Kalau dah ketuk 3 kali dan tak ada orang respon, baliklah. Itu adab bertamu.

Bila ketuk rumah orang pula, jangan berdiri betul betul muka pintu, ajar anak untuk berdiri di tepi pintu supaya bila pintu tu dibuka kita tak terus nampak aurat ahli keluarga tuan rumah tu.

4 – Jangan masuk ke bilik tidur orang tanpa izin

Bagitahu anak kita bahawa bilik tidur adalah tempat paling privasi bagi tuan rumah. Nak solat atau nak ke tandas sekalipun, kena minta izin dulu.

5 – Jangan buka peti ais rumah orang

Ada orang mengadu kat saya haritu katanya ada anak anak tetamu datang rumahnya, buka peti ais dan minta macam macam makanan kat dalam tu.

Sebagai tuan rumah, kita hargai dan muliakan tetamu tetapi sebagai tetamu, kena la hormat tuan rumah. Tak boleh biarkan anak kita sesuka hati meneroka rumah orang ni.

6 – Jangan usik barang tuan rumah

Musim beraya ni la orang duk pakat ‘display’ perhiasan termahal mereka.

Pesan kat anak anak kita jangan duk usik barang orang terutamanya yang berkaca. InsyaAllah anak kecil pun boleh faham kalau kita ingatkan berkali kali

7 – Jaga kelakuan

Terutamanya anak kecil yang aktif dan suka berlari tu memang kita wajib pesan untuk beringat. Kalau anak tak boleh dikawal sangat, bawa anak keluar rumah supaya mereka boleh ‘channel’ energi mereka di luar tapi kalau kita sendiri tak yakin boleh kawal anak kita tu sebaiknya tak bertamu pun tak apa.

Bertamu tu SUNAT hukumnya tapi menjaga kelakuan anak daripada merosakkan barang orang itu WAJIB!

p/s : Banyak cara nak kawal anak ni. Antaranya bawa mainan kesukaan mereka ketika ziarah rumah orang. Ni la ‘art of distraction’ yang kita kena belajar.

Sumber : Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×