Asuh

Mak Ayah Jangan Buat 5 Perkara Ini Kalau Nak Mental & Emosi Anak Sihat…

49
SHARES
anak degil

Sudah menjadi lumrah dalam kalangan mak ayah mahukan yang terbaik dalam proses mendidik anak-anak ketika membesar. Namun, ada dalam kalangan mak ayah yang terlepas pandang dan melakukan ‘pantang larang’ dalam mendidik anak-anak sehingga menyebabkan mental dan emosi anak-anak menjadi tidak sihat.

Oleh itu, amat penting untuk mak ayah jauhi 5 perkara ini kalau nak mental dan emosi anak-anak sihat ketika proses membesar. Barulah anak-anak tak memberontak.

Baca juga: 5 Sebab Anak Boleh Jadi Biadab, Rupanya Mula Dari Mak Ayah Sendiri…

JANGAN BUAT 5 PERKARA INI KALAU NAK MENTAL & EMOSI ANAK SIHAT

1.ANAK BUKAN TROFI

Mesti ramai dalam kalangan ibu bapa yang menginginkan anak-anak sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap pembelajaran tidak kira sama ada di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Namun, penting untuk mak ayah sedar bahawa anak-anak bukanlah trofi untuk ‘dijulang’ dan dicanang sana-sana.

2.LABEL ANAK DENGAN PERKATAAN NEGATIF

Ada juga dalam kalangan mak ayah yang suka melabel anak-anak dengan perkataan yang tidak sedap untuk didengar. Contohnya, pemalas, bodoh dan degil. Ini menjadikan anak-anak mudah kecil hati dengan mak ayah sendiri dan menyebabkan mereka mempunyai rasa benci kepada mak ayah.

3. SARKASTIK DENGAN ANAK KECIL

Ada juga dalam kalangan mak ayah yang suka menggunakan perkataan sarkastik atau perlian dalam menegur anak-anak. Namun, tidak semua dalam kalangan anak-anak yang memahami maksud di sebalik perkataan-perkataan tersebut dan apabila mereka mengetahuinya, maka timbul pemikiran yang negatif dalam diri mereka.

4.MENGUGUT

Ugutan adalah salah satu teknik salah yang sering digunakan oleh mak ayah. Teknik ini mungkin menjadi pada awalnya, namun akan sampai suatu masa ugutan tersebut tidak akan menjadi lagi dan anak pula akan mula mnegugut mak dan ayah. Awas!

5.SILENT TREATMENT

Silent treatment adalah dimana mak ayah tidak ‘mendera’ mental anak melalui perbuatan, malah mereka menggunakan cara dengan tidak berkata apa-apa. Ini adalah perbuatan bahaya kerana anak mungkin tidak akan tahu apa kesalahan yang mereka lakukan. Bukan itu sahaja, silent treatment ini juga adalah sangat menyakitkan hati!

Sumber: Dr. Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×