Famili

Majlis Berbuka Puasa Yang Sukses Untuk Pelajar International University Of Malaya-Wales 2017

11K
SHARES

Bulan Ramadan hanya tiba setahun sekali, jadi anda semua mesti nak berbuka puasa dengan kawan-kawan di sekolah, di kolej, di tempat kerja dan tak lupa juga dengan keluarga tersayang. Macam-macam plan yang anda semua akan buat untuk mendapatkan peluang untuk berbuka puasa dengan semua rakan anda, betul tak?

Tapi walaupun sesibuk mana sekali pun, pelajar dari bahagian Student Council ini tidak melepaskan peluang untuk menjayakan program yang sangat bermakna ini.

Program ini telah diadakan pada 8 Jun 2017, mereka (Student Council Department) telah bertungkus lumus bagi menjayakan Majlis Berbuka Puasa untuk semua pelajar dari International University Of Malaya-Wales (IUMW). Majlis berbuka puasa ini telah diadakan di tempat yang sangat cantik bertemakan garden iaitu Banglo Cassa Detik, Kuala Lumpur. Memang cantik tempat ni.

Majlis ini juga telah bermula dengan ketibaan para tetamu jemputan pada pukul 5:30 pm diikuti dengan ketibaan Vice Chancellor IUMW sendiri iaitu Datuk Prof. Dr. Roziah Binti Omar bersama dengan Deputy Vice Chancellor iaitu Mr Steve Gtiffiths. Majlis juga telah dimulakan dengan ucapan pembukaan dan juga Tazkirah Ramadan pada 6:45 pm.

Pelajar IUMW bergembira mengambil gambar Pre-Raya. Seronoknya!

Pelajar dari Student Council – Antara ‘tulang belakang’ yang telah menjayakan Majlis Berbuka Puasa untuk semua pelajar

Tetamu juga dijamu dengan pelbagai jenis makanan yang terhidang (Buffet). Macam-macam makanan boleh dipilih. Bukan itu sahaja, ada juga persembahan oleh pelajar IUMW di majlis berbuka puasa tersebut. Memang happening sangat! Sambil menjamu selera, mereka dihiburkan lagi dengan persembahan menarik sehingga 8:30 pm.

Semua pelajar berpakaian raya lengkap. Cantik-cantik belaka!

Menurut mereka, di IUMW mereka bukan sahaja fokus dari segi pembelajaran, malah aktiviti seperti ini juga dilakukakan bagi mengeratkan lagi silaturahim sesama sendiri. Setelah sebulan berpuasa, kini tibanya bulan yang dinantikan semua umat islam iaitu Sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Gambar bersama Datuk Prof Dr. Roziah Omar dan pihak atasan yang turut hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Berbuka Puasa ini

Datuk Prof Dr. Roziah Omar, Vice Chancellor of IUMW (5 dari kiri) bersama Noraidah binti Mohd Shariff, Dean of IUMW’s Centre for Foundation Studies (centre) dan Datin Adib Muliyani binti Mohd Amin, Acting Senior Manager HR & Operations/ Acting Registrar of IUMW (5 dari kanan) dan juga pelajar IUMW yang lain.

Pihak IUMW mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Maaf Zahir dan Batin!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×