Famili

Mahu Mencuba Sesuatu Yang Baru, 6 Remaja Beranikan Diri Bertanding Dalam Pertandingan Memasak Anjuran MAGGI

Tahun ini, MAGGI® kembali lagi dengan Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) 2022.

Platform pertandingan ini adalah kerjasama strategik antara MAGGI® dan Kementerian Pendidikan dengan lebih 341,000 pelajar dari 10,000 sekolah di Malaysia yang telah mengambil bahagian sejak tahun 1997.

Untuk pengetahuan anda, pertandingan ini bertujuan untuk memupuk minat memasak dalam kalangan pelajar sekolah sambil meningkatkan kesedaran tentang kesan jangka panjang amalan pemakanan yang seimbang untuk kesihatan.

Jom kami kongsikan serba sedikit tentang para pemenang dan hidangan istimewa mereka!

Miliki hobi yang sama – Alya Qaseh Ameena & Qurratul Ain

Dua orang pelajar tingkatan 2 dari SMK Pengerang Utama, Johor ini berkongsi hobi yang sama iaitu menonton rancangan memasak yang mendorong mereka untuk bersaing dalam pertandingan kulinari ini.

Kedua-dua pelajar yang ceria ini juga mengatakan bahawa ibu dan guru merekalah yang menjadi inspirasi dan tulang belakang dalam membimbing mereka, sekaligus memberikan sokongan untuk mereka terus meningkatkan kemahiran dalam memasak dan melanjutkan pelajaran dalam bidang kulinari.

Terinspirasi oleh masakan ayam percik tradisional oleh nenek Qurratul Ain serta tatkala Alya melancong ke Hatyai, maka terciptalah resepi Ayam Bakar MAGGI® dengan hidangan sampingan Salad Pazzta, bertemakan Sajian Seimbang, Tanda Sayang.

Sajian Seimbang Yang Unik – Vanessa Grace & Valentinna Ulau

Dari Barat ke Malaysia Timur, Vanessa Grace dan Valentinna Ulau dari SMK Bandar Sibu, Sarawak mempamerkan teknik memasak yang unik.

Dengan ibu dan guru mereka sebagai inspirasi, dua pelajar ini mempersembahkan hidangan Nasi Ulam Bersama Daging Salai MAGGI® di mana mereka menggunakan ulam atau sayur-sayuran segar yang dicampurkan bersama kelapa parut.

Nasi ulam yang berwarna-warni ini merupakan hidangan yang lazat ditambah dengan kiub pati Ikan Bilis MAGGI® dan diserikan dengan pewarna bersumberkan tumbuhan dan bunga. Manakala, hidangan daging salai pula dimasak di atas sabut kelapa, sekaligus memberikan aroma “salai” yang enak untuk dinikmati.

Hidangan Tradisional Istimewa – Nur Aleya Alesya & Damia Batrisyia

Kedua-dua pelajar yang berasal dari Melaka ini menyajikan hidangan istimewa dari kampung halaman mereka sebagai menu utama iaitu Asam Pedas Meletup Jenahak yang digandingkan dengan Sayur Goreng.

Kedengaran macam hidangan biasa, tapi istimewanya resepi ini adalah dari gabungan tumisan bawang putih yang digoreng sehingga wangi dan pes Sambal Tumis MAGGI® yang memberikan rasa masam dan pedas yang sempurna.

Memandangkan kedua-dua ibu bapa mereka mempunyai restoran masing-masing, Alesya dan Damia menjadikan mereka sebagai inspirasi dalam bidang masakan. Mereka berhasrat untuk mempunyai restoran mereka sendiri suatu hari nanti dan menjadikannya tempat makan paling viral di Malaysia!

Betul-betul memberi inspirasi kan kisah adik-adik ni semua? Admin berharap, pertandingan kulinari ini dapat diadakan saban tahun dan dapat mencungkil lebih banyak bakat cilik di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah MAGGI® 2022, anda boleh layari laman web MAGGI®.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×