Kini Trending

#LoveYouTu: Media Prima Lancar Kempen Tahun Baharu Cina 2023, Memang Syok!

3
SHARES

Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2023 yang bakal tiba pada 22 Januari 2023, Media Prima Berhad menerusi 8TV, saluran bahasa Cina No. 1 di Malaysia dengan kerjasama saluran radio 8FM, portal video Tonton, rangkaian TV beli-belah WOWSHOP, laman portal Rojaklah, Viralcham dan Tantannews (TTN) telah melancarkan kempen Tahun Baharu Cina 2023 #LoveYouTu untuk menyebarkan keriangan serta membina semangat baharu dalam menempuhi tahun baharu ini.

Baca juga: Media Prima Kekal Bertahan, Raih Keuntungan Positif Selepas 9 Bulan Bersaing!

MEDIA PRIMA LANCAR KEMPEN TAHUN BAHARU CINA 2023

Pelancaran kempen #LoveYouTu berlangsung di The Westin Kuala Lumpur pada malam ini. Acara tersebut disiarkan secara langsung di 8TV dan strim secara langsung di portal video www.tonton.com.my dan juga laman sosial rasmi Facebook di 8TV, 8FM, WOWSHOP, Rojaklah, Viralcham dan TTN.

Media Prima juga tidak ketinggalan untuk melancarkan album Tahun Baharu Cina bertemakan #LoveYouTu, memperkenalkan maskot CNY 2023, cenderahati eksklusif serta memperkenalkan 24 orang CNY Buddies 2023 yang terdiri daripada personaliti TV, penyampai radio dan selebriti popular iaitu Owen Yap, Ong Ching Yee, Rickman Chia, Orange Tan, Tan Ley Teng, Natalie Ng, Ash Lu, Jan Chin, Desmond Tey dan ramai lagi.

Kempen #LoveYouTu kembali dengan penganjuran acara padang yang menyeronokkan bersama dengan penonton setia 8TV setelah penularan Covid-19 semakin reda pada masa ini. Dimulakan dengan sesi jelajah CNY Truck ke beberapa lokasi strategik Malaysia bermula bulan Disember dimana program variasi ‘CNY Fun Together’ akan mengadakan siri rakaman khas bersempena dengan kempen CNY 2023.

Selain itu, kempen #LoveYouTu menampilkan barisan CNY Buddies 2023 dan selebriti popular bakal mengembara ke Ipoh, Perak dan Melaka pada bulan Januari 2023 untuk merasai kehangatan dan kemeriahan sambutan CNY 2023 bersama masyarakat tempatan!

SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA LEBIH MERIAH!

Sambutan Tahun Baharu Cina pasti lebih meriah dengan dendangan lagu – lagu CNY. Album Tahun Baharu Cina 2023 memuatkan dua buah lagu iaitu “Huo Li Man Fen Love You Tu” yang dinyanyikan oleh kesemua CNY Buddies 2023 dan juga lagu remake “Reunion Dinner 2023” yang dinyanyikan oleh barisan penyampai Mandarin News 8TV.

Jom kita sambut cabaran #LoveYouTu Dance Challenge di laman Instagram! Rakamkan video tarian anda dengan menggunakan 15 saat daripada bahagian korus lagu tema CNY 2023 dan muat naik ke Instagram. Video-video yang terpilih bakal menerima hadiah misteri.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×