Famili

Lelaki Usia 30 Tahun Gagal Bawa ‘Lari’ Budak Tadika

6
SHARES

Hasrat seorang lelaki menaiki sebuah kereta datang ke tadika di Pontian untuk mengambil kanak-kanak di sebuah tadika gagal apabila dihalang oleh seorang guru.

Lelaki berkenaan tiba di tadika berkenaan pada jam 12.30 tengah dan meminta untuk kebenaran untuk mengambil seorang kanak-kanak di tadika berkenaan.

Baca juga: Lelaki Ini Dapat Kerja Di Bank Dunia Lepas Hantar 600 E-mel & 80 Panggilan, Wow!

LELAKI USIA 30 TAHUN GAGAL BAWA ‘LARI’ BUDAK TADIKA

Sekadar gambar hiasan

Guru tadika itu bertanyakan beberapa soalan seperti siapa yang mengarahkan dia mengambil dan meminta nama ibu kanak-kanak berkenaan. Lelaki tersebut gagal memberi penjelasan dan dia tidak dapat mengambil kanak-kanak itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru itu dan diklasfikasi sebagai tiada tindakan lanjut.

Guru tersebut perlu mendapatkan identiti dan mencatat nombor pendaftaran kenderaan sekirannya perkara tersebut berulang lagi.

“Dalam masa sama, cuba melengah-lengahkan keadaan dan menghubungi Balai Polis berhampiran,” ujarnya.

Pihak polis menafikan kejadian tersebut sebagai cubaan untuk menculik kerana pengadu tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut kepada polis.

“Jika cubaan menculik, kejadian itu berjaya dipatahkan ketika kanak-kanak tersebut dibawa lari, tetapi dalam kes ini kita pun tidak tahu apa motif sebenar lelaki tersebut,” katanya.

Tindakan guru berkenaan wajar mendapat pujian dan diharapkan guru di luar sana melakukan perkara sama serta sentiasa bertanggungjawab.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×