Famili

Episod Akhir Drama Samarinda Lelaki Itu Dijangka Terima 4 juta Penonton Malam Ini

13
SHARES
LELAKI ITU

Drama Samarinda: Lelaki Itu di TV3 kini semakin menghampiri penghujung dan sudah tentunya bahang semakin dirasai menantikan kesudahan keluarga Syed Mirza.

Sepanjang 29 episod bersiaran di TV3, drama bersiri Lelaki Itu berjaya mencuri perhatian penonton sekaligus mencipta fenomenanya tersendiri dan episod terakhir pada malam ini dijangka meraih lebih 4 juta penonton!

EPISOD AKHIR DRAMA LELAKI ITU JANGKA TERIMA 4 JUTA PENONTON

LELAKI ITU

Sehingga kini, drama Lelaki Itu telah berjaya mendapat capaian sebanyak 1.13 billion di media sosial serta respon positif daripada orang ramai kerana jalan cerita yang sarat dengan mesej-mesej pengajaran serta kandungannya memberi kesedaran kepada penonton terutamanya apabila menyentuh tentang isu faraid.

Drama Lelaki Itu merupakan hasil penerbit dan pengarah terkenal Eirma Fatima serta hasil arahan Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif manakala dibarisi pelakon-pelakon terkemuka tanah air seperti Dato’ Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Nabila Huda, Hannah Delisha, Aedy Ashraf, Nadia Brian dan Sophia Al-Barakbah.

Apabila seorang suami tidak dapat menjadi khalifah di rumah sendiri, dia akan menjadi lelaki di luar rumahnya. Itulah pembuka kisah drama bersiri Lelaki Itu yang telah menjadi bualan hangat di sosial media sepanjang bersiaran di TV3 dan turut menjadi drama nombor 1 di Tonton.

Syed Mirza (Dato’ Adi Putra) telah berkahwin dengan Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim), seorang wanita kaya yang berpengaruh. Mereka dikurniakan tiga anak perempuan. Namun kehidupan rumah tangga mereka tidak seperti yang diidamkan.

Sharifah Qaidah berkelakuan seperti ketua rumah tangga kerana statusnya yang tinggi dan membuatkan Syed Mirza berasa terkongkong. Keluarga Qaidah semakin berpecah belah selepas segala yang berlaku ke atas mereka. Tekanan Qaidah juga semakin bertambah apabila dia susah menuntut harta sepencarian kerana suaminya, Syed Mirza (Dato’ Adi Putra) telah meninggal dunia. Dapatkah keluarga ini bersatu semula?

Jangan ketinggalan untuk menonton episod akhir Lelaki Itu menerusi slot Samarinda pada 29 April 2024, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×