Dapur

Lebih 20K Perkongsian FB, Ini Resepi Mi Celup Ala Thai Viral Anda Wajib Cuba!

936
SHARES

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Thai, mi celup merupakan menu utama yang sering dipesan oleh pelanggan. Mempunyai rasa sup yang pedas dan masam menjadikan juadah ini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Tetapi, bila makan di kedai mesti kurang rasa puas seperti yang dimasak di rumah sendiri.

Jadi, ini perkongsian resepi mi celup thai ‘sebijik’ macam di kedai Thai yang anda boleh buat di rumah. Mesti puas makan dan satu keluarga nak lagi!

RESEPI MEE CELUP ala THAI

Bahan- bahan

1. Ayam / tulang daging lembu

2. Meatball / bebola daging (celur)

3. Perencah sup thai (plastik oren tulisan thai sila refer gambar)

4. Daun ketumbar

5. Daun bawang / sup

6. Kangkung / sawi / tauge

7. Kicap pekat

8. Garam / gula / ajinomoto

9. Cili serbuk

10. Cili jeruk (cili besar hijau)

11. Cili api

12. Kacang tanah tumbuk halus

13. Bawang putih goreng

14. Bawang merah goreng

15. Bawang putih jeruk

16. Kicap soya / manis

17. Kicap sotong thai

18. Lada hitam serbuk

19. Mee Kuning / Kueh Tiaw / Bihun

Cara-cara untuk buat

1. Masukkan air setengah periuk bersama ayam yg dipotong kepada 4 bahagian serta ayam bahagian tulang seperti leher, kaki.. Kalau nak kuah lagi sedap boleh guna daging lembu bersama tulang, kuah lebih manis hasil dari air rebusan daging..

2. Biarkan ayam sehingga air mendidih.

3. Masukkan akar daun ketumbar , perencah thai , 1 plastik perencah boleh disediakan utk 20 mangkuk mee.. Semalam sy buat ayam seekor setengah, sy masukkan 2 plastik perencah boleh makan seramai 40 orang.

4. Masukkan garam , ajinamoto secukup rasa. Jangan terlalu masin, nanti boleh tambah bila nk hidangkan dlm mangkuk. Ni hanya utk bagi ayam ada rasa dan tidak tawar. Seterusnya masukkan kicap pekat, boleh bajet dgn kuah yg anda inginkan, jika nk makan mee kuah hitam boleh lebihkan kicap.. Sesetengah orang lebih suka yg kuah putih, terpulang citarasa masing-masing.

5. Masukkan bawang putih goreng lebih kurang 2 sudu besar, masukkan bawang putih jeruk bersama airnya.

6. Tambahkan air bg penuh periuk mengikut bajet hidangan anda utk berapa orang makan.

7. Tutup periuk. Biarkan sehingga mendidih, akhir sekali tabur daun ketumbar yg dh dipotong halus

8. Sedia utk dihidang.

Cara buat hidangan perencah penambah perasa

1. Cili jeruk – Potong halus-halus , rendam bersama cuka makan

2. Cili serbuk tumis – Panaskan minyak , masukkan cili serbuk biarkan 1 minit tutup api.. Lebihkan minyak, supaya ada nampak macam berair, kalau minyak kurang cili akan kering.

3. Cili api tumbuk / blend.. Buat macam sambal , cuma masukkan sedikit cuka makan bersama air masak, kemudoan blend / tumbuk.

4. Hidangkan juga kicap sotong thai / kicap manis , garam , gula & lada hitam serbuk.

Psstt : Wajib celur mee & sayur-sayuran.. supaya tidak berbau sayur, mee lebih sebati dengan kuah.

Sumber: Fatin Shaida

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×