Sebahagian dari proses mendidik anak adalah cara untuk melatih otak anak-anak untuk berfikir. Tugas ini bukan mudah kerana anak-anak khususnya yang masih kecil, masih susah untuk menumpukan perhatian dalam memahami apa yang diajar. Namun, sedar atau tidak, kadang-kadang cara yang digunakan oleh ibu bapa untuk melatih anak pintar berfikir adalah salah. Contohnya, terlampau membiarkan anak bersama gajet atau permainan di dalam telefon pintar.
Mungkin anda beranggapan bahawa dengan adanya aplikasi pendidikan dalam telefon pintar, anak-anak akan mudah menerima dan mahir berfikir sendiri. Oleh itu, anda perlu fikir semula. Jom kita baca sedikit perkongsian oleh Puan Nurul Fauzana di laman Facebook beliau tentang tips untuk mengajar anak berfikir dengan cepat dan semudah ABC !
“Ini mesin air. Cuba masukkan duit ni”, sambil menghulur kepada anak dan menunjukkan lubang duit.
“Nak air mana?”, sambil menunjukkan pilihan air yang akan mula menyala.
“Tekan”, sambil memegang tangan anak, membantu mereka menekan butang (‘prompting’ fizikal).
Teng teng teng.
“Cuba tengok bawah, air dah keluar. Cuba ambil.”

http://dulwichonview.org.uk/
Inilah yang sepatutnya ibu bapa tunjukkan kepada anak-anak kecil, seawal usia mereka sudah mula boleh mengeluarkan bunyi-bunyi. Fungsi suatu objek. Kesan dan akibat. Tekan sini, keluar sana. Tekan yang tak menyala tak keluar. Sebab apa? Dah habis. Sesuaikan ikut usia anak. Tak perlu la sampai sejam nak terangkan fungsi mesin air. Ajar sedikit, jumpa lagi, ulang dan tambah sedikit demi sedikit info. Jumpa mesin duit pula. Ulang proses yang sama. Bukannya tunjuk ejaan a b c di mesin air semasa anak itu 12 bulan. Sekiranya sudah 3 tahun dan sudah diajarkan fungsi mesin air itu, barulah betul nak ajar a b c.
Ajarlah anak ikut usianya. Anak 12 bulan perlu diajar merangsang deria pada badan mereka, bukan diajar a b c dahulu. Bila dah 3-4 tahun usia masuk tadika, barulah ajar a b c. Ini perkembangan yang patut mereka dapat semasa 0-3 tahun sudah tertinggal, terus melompat nak ajar a b c. Inilah yang ditekankan oleh Juruterapis Cara Kerja semasa kami menghadiri kursus Melatih Otak Anak-anak Berfikir.
TAPI SAYA NAK AJAR ANAK SAYA ABC 123

www.youtube.com
Untuk bawah 3 tahun, ajar mengira dengan objek. Kaitkan kiraan dengan benda maujud. Nak biskut? Nak berapa? 3?Beri 1, sebut 1, anak ulang. Beri 2, sebut 2, anak ulang . Beri 3, sebut 3, anak ulang. Barulah anak akan mengaitkan 3 dengan nilai barang, bukannya terus mahu mengajar simbol 3. Begitu juga membaca, ini kucing. Kucing bunyi apa ? Bunyi kucing ada dekat mana? Jom cari. Kucing ada belakang rumah. Kucing bawah meja. Pergi cara kucing tu dekat mana. Kalau rumah tak ada kucing, gantikan dengan sorok telefon mama di bilik. Guna telefon ayah, telefon. Cari di mana telefon.
Ini merangsang deria pendengaran mereka. Halang main kucing, gantikan dengan benda setara. Bermain dengan kucing, mereka belajar memegang bulu (sentuhan-tactile), mereka belajar bunyi kucing (pendengaran-auditori), mereka belajar sebut nama kucing. Halang main kucing, tak bawa pergi zoo, bagi hadiah hari lahir Iphone 7. Muat turun aplikasi iZoo. No no no. (Seperti dah sebut sebelum ini, bukan salah gajet, salah , boleh scroll wall FB sebelum ni untuk kisah penuh.) Barulah bila Cikgu Tadika panggil nama, anak respon. Cikgu tanya soalan, anak berebut angkat tangan.
Deria-deria mereka telah dirangsang dengan baik sejak 0-3 tahun. Satu ayat yang agak menakutkan yang dikongsikan oleh Juruterapis Cara Kerja. “Saya lama dah merawat anak-anak yang memang lahir dengan autisme. Tapi yang saya takut, sejak akhir-akhir ini, dengan kemunculan telefon pintar, anak-anak yang kita luaran tengok normal, ada simptom-simptom autisme. Kad-kad bergambar yang selalu kita gunakan untuk mengajar anak, memang salah satu bentuk komunikasi yang digunakan untuk ajar-ajar anak autisme. Yang saya pelik, kenapa nak ajar bayi, yang boleh mengeluarkan bunyi dan bercakap, guna kad. Gunalah objek di sekeliling, guna suara, guna memek muka.
Kalau memang ada sedikit simptom, boleh dirawat dengan aktiviti permainan. Tapi kalau dah teruk sangat, memang kena bawa jumpa doktor dan terapis.” Rasa berdebar-debar, takut, semua ada. Saya juga ada anak. Saya juga bagi gajet. Bila tahu gajet tak bagus, memang sudah hadkan masa. Namun kadang-kadang masih lupa untuk mengganti dengan benda setara yang mereka sangat perlu. Rasa sarat dada dalam tempoh sehari kursus Sabtu lepas. Berkira-kira banyak perkara terlepas pandang. Bukan anak sahaja yang perlu dihadkan gajet. Mama dan ayahnya juga sama. Barulah boleh berinteraksi dengan penuh memek muka dan ekspresi. Baru anak tahu bezakan bila mama marah, bila mama sedih, bila mama bergurau.
“Jangan biar anak memanipulasi kita. Kita kena pandai manipulasi anak. Tapi semua tu kita boleh buat hanya sekiranya kita dalam situasi stabil, emosi baik”, antara ayat-ayat hikmah Puan Nurul Ilyani Binti Munsarikh yang memberikan tip mengajar anak-anak kurang fokus belajar. Wujudkan daya pengaruh pada anak dalam kelas, baru anak dengar cakap kita. Dalam kelas kena guna semua memek muka, sebab kita nak sampaikan ilmu. Luar kelas apabila beri arahan, kena buat muka serius. ” Inilah agaknya orang kata, cakap hanya apabila perlu. Cakap ikut situasi. Baru anak tahu beza. Di rumah kita boleh buka peti ais, tapi bila kita pergi rumah sekian sekian, tak bolehlah.
KEMAHIRAN MENUNGGU GILIRAN
“Paling mudah guna tabung. Buat bulatan, bergilir masukkan duit. Bukan sekali ya anak boleh dapat. Berulang kali.” Jadi tak ada masalah kalau anak baru seorang, belajar bergilir dengan emak, ayah. Kalau anak berdua, lagi la bagus. Buat aktiviti menunggu giliran. Barulah anak tahu apabila Cikgu Tadika suruh beratur, tunggu giliran naik tangga gelongsor. Ini anak jadi tak sabar, asyik dia aje nak naik dulu, nak potong barisan.
Sewaktu menaip semula nota-nota ini, saya terfikir, mesti ini sebabnya orang Jepun boleh beratur elok, boleh sabar menunggu giliran seperti yang digambarkan di media sosial. (Siapa belajar Jepun boleh sahkan memang orang Jepun sopan-santun kah?). Agaknya di Malaysia ni, kenapa ramai sangat masuk ‘lorong kecemasan’ kalau memandu. Tak sabar. Memang bukan semua. Tapi itulah yang kita sendiri boleh nampak. Budaya Tinggi ini memang kita sudah ada sejak turun temurun. Bahasa kita juga sudah cantik tersusun. Namun aplikasinya masih kurang, sehingga kesannya boleh kita lihat hari ini di hadapan mata kita.
Jadi bagaimana kita mahu wujudkan masyarakat yang berbudaya dan berbahasa tinggi? Mulakan dari rumah, disokong dengan persekitaran yang membantu anak-anak ini mengekalkan apa yang ada dalam diri mereka. Di Rangkaian Tadika ABS, inilah Bahasa dan Budaya Melayu tinggi yang cuba dipupuk ke dalam jiwa setiap anak. Tapi ini tidak akan berjaya tanpa sokongan semua pihak.
“It takes a village to raise a child.”
Sumber Facebook : Nurul Fauzana