Kini Trending

[TERKINI] Perubahan SOP Kontak Rapat Bakal Diumumkan Minggu Depan

23
SHARES

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, mengumumkan pemansuhan prosedur pengasingan bagi mana-mana individu yang didapati menjadi kontak rapat akan diumumkan pada minggu depan.

Beliau berkata, keputusan itu ketika ini sudah dilaksanakan dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam. Ia susulan pekeliling yang diedarkan kepada semua petugas kesihatan bertarikh 15 Februari lalu.

Baca juga: [TERKINI] Pelajar IPT Dibenarkan Masuk Kampus Secara Berperingkat Mulai 1 Mac

[TERKINI] PERUBAHAN SOP KONTAK RAPAT BAKAL DIUMUMKAN MINGGU DEPAN

“Satu pekeliling sudah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk pekerja kesihatan mengenai satu protokol baharu.

“Protokol itu merujuk kepada mereka yang disahkan kontak rapat, kini tidak lagi perlu menjalani isolasi sekiranya tiada gejala.

“Sebaliknya, mereka hanya perlu membuat ujian saringan pada hari tertentu dan protokol sama akan kita laksanakan untuk orang ramai apabila tiba masanya.

“Pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat minggu depan,” katanya pada sidang media, semalam.

Ekoran itu, Khairy berkata rasional di sebalik keputusan sedemikian dibuat adalah bagi menghindari ‘tempias’ terhadap faktor ekonomi dan sektor pekerjaan.

“Sekarang ini disebabkan peningkatan kes yang mencecah angka tertinggi semalam, terlalu kerap kita dengar orang dikategorikan sebagai kontak rapat.

“Kadang-kadang ia bukan disengajakan, tetapi mereka ini terkontak rapat, sekali gus berupaya menjejaskan aspek kehidupan seharian.

“Justeru, untuk elakkan gangguan kepada ekonomi dan pengurusan pekerjaan yang sangat ketara apabila mereka terpaksa diasingkan atau menjalani kuarantin seandainya menjadi kontak rapat, kita buat perubahan ini,” katanya.

Berdasarkan prosedur sebelum ini, bagi individu yang menjadi kontak rapat dan belum lengkap divaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak perlu menjalani pengasingan untuk tempoh tujuh hari.

Manakala, individu yang telah menerima suntikan dos penggalak, mereka hanya perlu menjalani pengasingan selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat kes positif COVID-19.

VIDEO PENUH:

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×