KNKV Viral Award 2025 menyasarkan minima 100 juta tontonan melalui pelbagai platform, termasuk siaran langsung di TV3 serta kerjasama strategik bersama lebih 700 pempengaruh media sosial tempatan dan antarabangsa.
Baca juga: Naskhah ‘Lara Kasih’ Bawa Penonton Selami Percintaan Dihalang Ibu Sendiri, Dek Percaya Tilik Nasib!
KNKV VIRAL AWARD 2025
Setiap pempengaruh yang terlibat mesti memenuhi kriteria berikut:
- Mempunyai sekurang-kurangnya 500,000 pengikut;
- Bebas kontroversi dan tidak terlibat dengan isu politik;
- Menghasilkan kandungan yang membawa mesej positif.
Strategi ini dijangka mencipta impak besar dalam memperkukuh landskap kandungan digital yang positif di Malaysia mahupun luar negara.
Kerjasama strategik untuk mengiktiraf pencipta kandungan berinspirasi
Dalam usaha memperkasakan pencipta kandungan digital yang menyebarkan mesej positif, KNKV Group dan Media Prima Berhad dengan bangganya melancarkan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk KNKV Viral Award.
Majlis bersejarah ini berlangsung di Restoran Kampai Yakiniku, Seri Pacific Hotel dan dijangka menjadi titik tolak bagi mengiktiraf bakat luar biasa pempengaruh media sosial sama ada dari Malaysia mahupun peringkat antarabangsa.
Mengangkat tema memupuk perpaduan negara
KNKV Viral Award 2025 mengangkat tema “Memupuk Perpaduan Negara,” dengan matlamat untuk menyatukan masyarakat melalui pengiktirafan pempengaruh yang membawa mesej positif.
Anugerah ini memberi fokus kepada kandungan digital yang mempromosikan nilai-nilai keharmonian, kerjasama, dan kepelbagaian budaya.
Dengan penglibatan lebih 700 pempengaruh tempatan dan antarabangsa, KNKV Viral Award menjadi platform berimpak besar dalam memperkukuh semangat perpaduan.
Mengubah landskap digital melalui kandungan bermesej positif
Dalam era di mana kandungan sensasi sering menjadi keutamaan untuk meraih perhatian, KNKV Viral Award hadir sebagai platform untuk mengiktiraf pempengaruh yang mencipta kandungan positif dan membina.
Penganugerahan ini bertujuan untuk mendidik masyarakat bahawa kejayaan dalam platform digital boleh dicapai tanpa perlu mengorbankan nilai moral.
Baca juga: ‘TikTok Shop 11.11 Mega Live Countdown’ Tarik Lebih 5 Juta Penonton & Jana 80,000 Pesanan!
Siaran langsung di TV3
KNKV Viral Award 2025 akan bersiaran secara langsung di TV3 pada 17 Mei 2025, Sabtu, sekaligus membawa acara berprestij ini ke skrin utama rakyat Malaysia.
Program ini bertujuan mengiktiraf pempengaruh media sosial yang konsisten menghasilkan kandungan yang membina dan memberi inspirasi di platform digital mereka sambil memupuk budaya kreativiti yang bermesej positif.
Hadiah lumayan menanti pemenang!
Hadiah lumayan akan diberikan kepada pemenang bagi mendorong lebih ramai pempengaruh menyertai usaha mengubah budaya media sosial ke arah yang lebih membina.
Dengan sokongan kuat dari Media Prima Berhad dan TV3, KNKV Viral Award 2025 dijangka menjadi pemangkin kepada perubahan ini.
Klasifikasi pempengaruh:
KNKV Viral Award 2025 mengiktiraf tiga kategori utama pempengaruh berdasarkan jumlah pengikut mereka:
- Macro Influencers: 500,000 hingga 1,000,000 pengikut
- Mega Influencers: Melebihi 1,000,000 pengikut
- Celebrity Influencers: Melebihi 5,000,000 pengikut
Lebih 700 pempengaruh dari dalam dan luar negara, termasuk Singapura dan Indonesia, akan terlibat dalam inisiatif ini, menunjukkan kepelbagaian dan pengaruh global KNKV Viral Award 2025.
Kriteria pempengaruh:
- Mempunyai antara 500,000 hingga lebih 5 juta pengikut
- Tidak terlibat dalam politik
- Bebas daripada kontroversi
- Kandungan yang dikongsi mesti membawa mesej positif dan membina
Peluang kepada penaja
KNKV Viral Award 2025 juga membuka peluang kepada penaja yang ingin menyokong misi mengubah landskap media sosial Malaysia ke arah yang lebih positif.
Sebagai sebahagian daripada usaha ini, kami mengalu-alukan penaja yang berminat untuk bersama-sama mencipta persekitaran digital yang lebih membina dan berinspirasi demi generasi masa hadapan.