Hebahan

#KitaMalaysia tawar RM1 juta nilai media untuk PKS

2
SHARES

Sebelum pandemik Covid-19 melanda, industri tempatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah tulang belakang kepada ekonomi Malaysia yang menyumbang 40 peratus keluaran negara kasar (GDP).

Pertumbuhan PKS adalah bergantung pada realiti pasaran tempatan dan mereka tidak sempat bersiap sedia untuk keluar segera daripada sebarang gangguan ekonomi. 

Oleh itu, kemerosotan perniagaan PKS kerana Covid-19 diumpamakan bagai kehilangan enjin pertumbuhan, dinamisme dan keusahawanan untuk negara. 

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64, MEDIA PRIMA OMNIA mengambil inisiatif untuk menghidupkan semula perniagaan PKS tempatan dengan melaksanakan pakej PKS #KitaMalaysia. 

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia Sdn Bhd, Datuk Michael Chan, berkata PKS tempatan perlu konsisten untuk memasarkan produk dan perniagaan mereka. 

“Sebagai syarikat media terbesar di Malaysia, kami ingin membantu memberi pendedahan kepada PKS menerusi platform dengan nombor jangkauan yang tiada tandingannya.

“Selain membantu PKS, kempen ini juga memberi peluang kepada perusahaan besar dan agensi kerajaan untuk bergabung dengan kami sekali gus menyokong usahawan untuk kembali berdiri,” katanya. 

MEDIA PRIMA OMNIA menawarkan nilai media berharga RM1 juta menerusi kempen ini yang merangkumi platform televisyen, media cetak, radio dan digital kepada PKS yang mendaftar awal dengan mana-mana daripada empat pakej PKS #KitaMalaysia yang disediakan. 

Pakej Starter Pack bermula pada harga yang berpatutan iaitu dari RM5,000, merangkumi pendedahan untuk jenama dan produk PKS di platform membeli-belah dan e-dagang Media Prima bermula daripada 16 Ogos hingga akhir September. 

Pakej Premium pula berharga RM10,000, RM15,000 dan RM20,000 setiap satu dengan tawaran pilihan platform media yang lebih meluas. 

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang keemasan ini, sila hubungi kami di [email protected].

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×